Monday 24 June 2013

Segalanya Baru ^^

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang.

Alhamdulillah, baru sahaja selesai mengemas barang2. Dengan ini menandakan semester baru telah pun bermula. Untuk semester ni segala2nya baru! Bilik baru, roommate baru. Moga semangat pon baru!!! Ya, kadang2 kita kena berhijrah merasai suasana baru utk dptkan semangat yg baru. Betul tak? Walaupun sbnrnya agak sedih kerana terpaksa berpisah dgn sahabat baik kerana beliau tdk ambil short sem utk kali ini, jd kami tidak lagi dpt sebilik setelah lbh kurang 5 tahun hidup sebilik sejak dr zaman CFS lg ktk di Nilai. Tapi takpelah…bleh kenal org baru dan mgkn jua bleh bljr perkara baru! Kan3x ;) Positive thinking..huuhu..



Bersesuaian dgn semester baru, azam pon mesti kena baru kan! Ya, sy mesti tekad utk buat yg terbaik dan dapatkan yg TERBAIK!!! Masa semakin suntuk, dah tak lama dah. Sudah waktu kecemasan, sy kena bwt pecutan terakhir. Tggl short sem ni n 1 long sem lg. Sy mesti bersungguh2. Kena FOCUS dan jga rajin. Saya kena jd rajin dan jga study SMART. Ingat tu! Hehe..pringtn utk diri sendiri. Ambil 9 kredit hour utk short sem kali ini sudah tentu menuntut usaha yg berlipat2 kali ganda. Moga sy diberi kekuatan dan kemudahan. Moga2 tdk ada yg mengganggu tumpuan saya bwt semester ini….sy perlu berlari dan terus berlari. Doakan saya ya…   

Memikirkan masa lalu, hanya akan menyesakkan
memikirkan masa akan datang, hnya akan merisaukan
berfikirlah tindakan yg perlu di ambil SEKARANG,
kerana disitu terdapat pintu kepada jalan…
iaitu jalan tercapainya hasrat dan impian!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…TAWAKKALTU ‘ALA ALLAH
Sesungguhnya tiadalah daya dan kekuatan melainkan dengan bersamaNYA…..Rabbi Yassir wala tu’assir Ya Kareem J




No comments:

Post a Comment