Saturday 8 June 2013

Kegusaran Hati....

Assalamualaikum...boleh x sy nk berbicara lagi...?^^

Alhamdulillah, tadi baru shj selesai menghadapi paper terakhir bagi sem ni which is my second sem for my third year...Ya Allah, sungguh pantas masa itu berlalu..pejam celik- pejam celik sudah di tahun akhir dah diri ini di UIA. terasa bagaikan baru semalam diri ini mendaftarkan diri di main campus. Gambaran suasanya masih terpancar jelas diingatan..Jika dicongak2 hnya berbaki 6 bulan shj lagi diri ini berada di UIAM tercinta..ah, rasa seakan2 tidak sanggup untuk menemui hari tersebut..bumi UIA sgt indah bagiku..aku sukakan biah yg ada disini..sudah tentu sukar utk dicari ganti. Disini, suasana persekitarannya islamic. Pagi2 salalu dgr nama2 Allah (asma' Allah al husna) dikumandangkan sambil aku mengikut skali mengalunkannya. Kuliyah2, program2 dan kelas2 agama banyak..terpulang pd kita shj utk mengambil kesempatan ataupun tidak.

Sebenarnya diri ini amat takut utk berhadapan dgn dunia luar yg sudah pastinya penuh dengan cabarannya. Daku tidak tahu bahawa diri ini sudah cukup kuat atau belum untuk semua itu...diluar sana, pelbagai jenis dan ragam manusia yg bakal ditemui. Tapi...diri ini rasa seakan masih belum sedia. Ilmu didada pula seakan masih terasa cetek utk dilimpahkan. Sedangkan ahli keluarga sudah sibuk bertanya apa perancanganku selepas ini..ehm..sbnrnya aku jua masih tidak punya jawapan untuk itu..sebenarnya diri sendiri tdk tahu mahu masuk dalam bidang kerja yang bagaimana? Kalau dulu masa zaman sekolah cita2 nk jd pensyarah, tapiiii.....Kalu nk jd lecturer kena sambung study lah...itu of course lah kan? tp...diri ni rasa mcm nk rehat sebentar dari menelaah buku2..huhu..terasa lamanya sudah belajar...haha, pd hal degree je baru pon. Setakat ni terfikir nak ngajar bdk2 matrik or diploma. Bleh try UIA, USIM, IIUC, UNICOP, etc. Ngajar student yg dah matang sikit ni tk penat sgt..org kata lah..huhu... Ada gak terfikir nak ngajar JQAF sek men..dgrnya gaji lg bsr brbanding ngajar studnt matrik n diploma. Then after that bile rasa nak further study, sambung lah. Then baru jd lecturer. Masa tu dah strong, dah ada pengalaman di tambah pula dgn kelulusan. hehe..boleh tak mcm tu? confiuse2...

Mak pula cdgkan utk utk aku cuba dulu masuk dalam kedua2 bidang (mengajar n ddk office). Cadangannya utk aku apply Tabung Haji, uruskan jemaah2 haji n umrah deal ngan or arab. OR apply mana2 pejabat agama. Ehm..gud suggestion..InsyaAllah bleh difikir2 kan. Org kata apply je sume. Dimana ada rezeki disitulah tempatku nanti..Ya Allah, tolong bantu permudahkan laluan buatku..Pandulah diri ini pd jalan yg terbaik buat kehidupanku dan jua buat agamaku di dunia dan akhirat. Aku tidak mahu meminta pd yg lain selain dariMu kerana keputusanMu adalah sentiasa yg terbaik buatku...Hanya pdMu Ya Allah, hanya padaMu kusandarkan harapan.....sekarang dah bleh start intai peluang2 kerja..Rabbi Yassir wa la tu'assir Ya Kareem..

* Tolong doakan agar kejayaan dan kebaikan sentiasa mengiringi hidup ini ^^ Sy dahulukan doa anda tersebut dengan jutaan Terima Kasih :)

No comments:

Post a Comment