Wednesday 5 March 2014

Tips buat Pelajar Semester Akhir

Assalamualaikum…salam sejahtera buat sahabat2 dan adik2, samada yg mengenali sy mahupun tidak. Tujuan artikel ini di ‘post’ hanyalah sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman dgn yg lain khususnya pelajar yg sedang berada di semester akhir. Jika sebelum ini ada antara alumni kita yg berkongsi pengalamannya ttg bagaimana utk apply praktikal, sy pula terdetik dan tertarik utk berkongsi sdikit pengalaman dan pengetahuan ttg beberapa perkara penting yg perlu diambil perhatian oleh anda yg berada di semester akhir.. Moga ada manfaatnya…


Pertama sekali, TAHNIAH sy ucapkan buat antum kerana sudah semakin hampir dengan garis penamat perjuangan degree..siapa sangka… pejam- celik, pejam –celik sudah hampir tamat pengajian ijazah kita..saya juga telah melalui perasaan tersebut. Lebih kurang 5 tahun kita di Taman Ilmu dan Budi pasti sahaja bukan suatu yg mudah! Banyak sudah ujian dan cabaran yg telah berjaya kita lalui, yang mana bila difikirkan balik, kita sendiri tidak sangka dapat laluinya bukan! malah ada juga yang tidak sanggup utk menghadapinya kembali andai bisa diputarkan balik waktu..lantas jgn kita lupa utk ucapkan Alhamdulillah dan syukur pdNya. Hanya dgn kekuatan drNya kta berjaya berada di tempat kita berada sekarang.

Berbalik pd cerita asal. Nasihat sy buat pelajar semester akhir, berilah tumpuan yg sepenuhnya pd pelajaran anda..masa sudah semakin suntuk! HANYA tinggal SATU PELUANG sahaja lagi bagi kita memperbaiki keputusan yg sedia ada. Bagi yg rajin berprogram, sudah sampai masanya utk anda kurangkan sedikit penglibatan anda, biarkan adik2 pula belajar bagaimana utk menguruskan program. Cukuplah kita sbg penasihat ataupun pemantau, melainkan anda sudah tidak byk kredit hour di final sem..la baksa bihi. Try our BEST to get THE BEST!!!

Antara proses yg melibatkan final sem student kebiasannya, awl2 sem lg kita dah kena bwt graduation audit. Saya percaya pasti anda sudah laluinya bukan? Mengikutkan pengalaman, masa awl2 sem ni kita punye status kt graduation audit di portal masih berstatus incomplete. Tp jangan risau, insyaAllah bila dah nk dekat final nanti, status kita akn bertukar menjadi complete. Tp walaubagaimanapun, please RECONFIRM dgn akk kt office tu adkah semua subjek yg msh berbaki sudah anda daftarkn utk sem terakhir anda. Bimbang kerana ada kes, terdapat pelajar yg digantung status graduationnya kerana dikatakan masih ada subjek yg blum diambil, walhal sbnarnya sudah. Jaga2 dn ambil perhatian pd perkara mcm ni, jika tak kesian pd anda terpaksa tambah lagi satu semester hanya untuk satu subjek, lbh malang lagi jika terpaksa tangguh convo.

Sambil2 tu boleh lah cari2 lubang kerja utk after habis belajar nanti. Buat resume awal2 supaya mudah bagi anda utk apply mana2 nti. Tidaklah kelam kabut dgn hendak hadapi final exam, siapkan assignment, presentation..etc. Contoh resume boleh google je di internet ataupun minta dr senior2 anda yg telah berjaya mendapatkan kerja. Partial transkrip boleh apply di Deputy Dean of IRKHS Office, tp borang kena download sendiri lah ye..ni link nye.. http://www.iium.edu.my/irkhs/offices/office-deputy-dean-undergraduate/irk-form . Byrn sebanyak RM3 dikenakan untuk satu salinan. Selepas 3 hari bekerja, transkrip dah boleh ambil. Jgn lupa bwk resit bukti pembayaran. Utk co-curriculum pon bleh apply gak, kat Student Affair, Rectory building tgkt 2 jika tidak silap. Rakan2 lain tolong betulkan andai sy tersalah. Tiada borang yg perlu di download, just bg tahu je sis kt kaunter tu nk apply partial co-cu. Besoknya dah boleh ambil. Bagi yg berhasrat utk menyambung terus pengajian ke peringkat master, sudah boleh ambil tindakan juga. Ada byk proses yg harus dilalui yg memerlukan persediaan yg awal. Boleh tanya dgn lebih lanjut pd senior2 yg mengambil master..tnyalah pd mereka yg berpengalaman.

Begitulah sedikit-sebanyak pengalaman dan ilmu yg dapat dikongsikan. Moga ianya dapat memberikan sedikit gambaran dan membantu antum dalam merancang masa hadapan.
بالتوفيق والنجاح لكم جميعا، متفوقون إن شاء الله



Salam ukhuwwah dari saya (^_^)
Nur Ain bt Remang
Graduated, sem1 2013/2014.