Thursday 4 May 2017

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama sungguh tidak aku nukilkan sesuatu pada blog ku ini,,hanya sesekali menjengah. Hari ini terpanggil untuk meluahkan sesuatu..

Hakikatnya di dalam hati ini sememangnya telah sarat dengan rasa dan cerita,
maka tatkala dijolok persoalan2 membuatkan air mata yang tersimpan akhirnya tidak dapat lagi ditampung..

aku kalah, air mata akhirnya tumpah...

Salahkah jika aku mengharapkan hadiah daripada Allah?
Salahkah jika aku terus menanti apa yang telah Allah tetapkan buatku?
Salahkah jika malu itu menjadi penghias diriku?
Salahkah jika aku berusaha menjaga hati ini hingga tiba waktu?

Tidakkah itu dianggap usaha dimata Tuhanku?

Ya Rabb,,maafkanku andai aku tersalah...
maafkan aku andai aku terlalu bergantung padaMu
aku hanya seorang hamba yang meyakini Tuhanku
Tawakkal dengan aturan Allah buatku

JIka salah caraku wahai Tuhanku,
tunjukkan padaku jalan dan cara yang perlu..

nurILahi
11.23pm







Bismillahirrahmanirrahim, apa khabar kamu di sana? Sudah agak lama tidak menjengah di blog sendiri. Hati terdetik untuk mencoret sesuatu seusai melawat blog beberapa orang sahabat maya..membaca tulisan mereka, mndengar isi hati mereka turut mencuit hati ini untuk turut berbagi rasa.


Jari tiba-tiba terhenti seketika,

Air mata tumpah sebelum sempat aku memulakan bicara,

Allahu rabbi....

Jauh dlm hati ini terlalu banyak menyimpan 'rasa',

sukar utk dimengerti walau yg empunya diri,

namun aku tahu Engkau maha mengerti...



Sunday 27 September 2015

Rahsia Hati ~~


Time flies.
So fast.

Usia semakin menginjak. Bertambah dari setahun ke setahun. Segala yg dilalui punya hikmah dalam mematangkan diri...

Manusia. Boleh berubah. Berubah mengikut keadaan. Samaada manjadi lebih baik atau lebih buruk, itu bergantung kepada individu. Saya sendiri terkadang risau. Risau andainya semakin menginjak dewasa, saya semakin jauh dengan Allah. Na'uzubillah


1 April 1990 bersamaan 6 Ramadhan

Satu tarikh keramat.

Seorang bayi lahir ke dunia. Bayi yang menjadi harapan mak dan abah. Bayi yang suci bersih tiada noda.

Setelah 25 tahun membesar, seorang bayi itu sudah menjadi seorang muslimah yang semakin hari sedaya upaya cuba memburu cinta-Nya. Muslimah yang kadang-kadang menangis sendirian di dalam gelap. Muslimah yang kadang-kadang tersenyum panjang sepanjang hari.

Setelah 25 tahun, muslimah itu masih sendiri meniti hari.

Pernah aku ditanya

"Ustazah, kenapa ustazah tak kahwin lagi?"


"Sy tak tahu siapa yg Allah sediakan untuk saya?"


Sungguh, itu saja jawapan yg ada padaku..

Well, soalan itu boleh diibaratkan sebagai "bila akan mati?" which means, tak tahu bila. Tak tahu nak jawab soalan tu. Jadi, masih sampai sekarang muslimah itu tersenyum sahaja bila soalan itu diajukan.

"Ia Rahsia Allah"




Allah itu sungguh kuat jagaanNya terhadap diriku, namun aku amat bersyukur untuk itu

Ia lebih baik daripada dilepaskan saja aku tanpa jagaan dan pemeliharaanNya




Tiap kali dalam doaku,




Ya Allah, tanamkanlah perasaan cinta dan rinduku padaMu dan rasulMu lebih dari yg lainnya,

dan andai aku jatuh cinta..berilah aku mencitai sesorang yg mencintaiMu, dan biarlah orang yg mencintaiMu turut mencintaiku agar bertambah dekat cinta kami kepadaMu...




Perkahwinan sudah tentu tak semudah di sangka.

Kita nikah, kita kawen dengan seseorang tu sampai bila? Sampai umur 60 tahun? Sampai badan lesu dah tak boleh berjalan? Sampai sakit kronik menjengah diri? Atau sampai cinta sudah hilang? Juga mungkin sampai kiamat?

Geleng kepala.

Saya mahu bersama seorang suami sampai syurga. Ya, sampai syurga. Bukan setakat di dunia, tetapi juga di sana nanti. Oleh kerana jalan ke syurga itu payah, perit, penuh liku, maka saya juga perlukan seorang teman yang mampu bersama saya menghadapi jalan-jalan sukar ini supaya nanti kami sama-sama dapat merasai manisnya syurga-Nya. Aameeen. InshaAllah.


Saya mahu si dia mencitai saya hanya keranaNya.


Kerana kecantikan itu akan pudar,

muda akan menjadi tua,

kepintaran akan tumpul dek alpa di senja usia,

Namun andai hilang agama maka layaklah hilangnya cinta

Senyum kenyit mata dua kali.

"dah tu tunggu yang macam mana?"

Pada saya cukup yang sederhana, seimbang dunia dan akhiratnya. Tapi yang paling penting adalah yang menjaga solatnya kerana kelak dia yg akan menjaga solat saya dan zuriatnya kelak. Saya idamkan si dia yang dapat mengajak saya dan zuriat bersama-sama mengenal pencipta dan agama. Pasti manisnya nikmat berkeluarga akan terasa jika kita sama2 cuba meraih redhaNya.

Well, jalan hidup setiap dari kita tu berbeza-beza. Tidak kan pernah sama. I have trust in Allah. Kalau takde kat sini, di dunia ni, mungkin akan ada di akhirat sana. Ada yang menanti sana.

nanges...

Dalam hidup ni, terlalu banyak benda yang kita boleh fikir. Bukan jodoh semata-mata. Lihat sahaja keadaan ummah sekarang. Fikirkanlah. Bagaimana kita mahu membina ummah yang baik, di saat diri kita sendiri terlalu jauh dengan Tuhan? Terlalu jauh meninggalkan suruhan-Nya.

Menyedut nafas di bumi Tuhan, ada banyak perkara yang kita boleh belajar. Ada banyak perkara yang kita boleh duduk dan fikir. Tetapi kita, selalu mensia-siakan apa yang terhidang di depan mata. Terlalu memandang remeh dengan setiap apa yang terjadi dalam hidup kita, walhal berganda-ganda hikmah disebalik kejadian.

Duduk, betulkan kerusi.

"Moga masa-masa yang mendatang, yang diizinkan-Nya untuk darah-darah dalam tubuh dipam jantung dan mengalir ke dalam kapilari, hidung dan paru-paru meyedut dan menghembus oksigen percuma dan otak terus berfungsi.. Moga masa-masa yang tersisa akan digunakan sebaiknya untuk dikorbankan buat dakwah dan perjuangan, mendekatkan lagi diri kepada-Nya, untuk menggapai redha-Nya dan menjadi dorongan untuk pecutan terakhir ke syurga-Nya!"

Semoga dalam hari-hari yang kita lalui, kita masih di dalam redha-Nya. masih di bawah jagaan-Nya. Percayalah, Allah sayangkan mu.

Letak tangan ke hati, rasai degup jantungmu.

Di situ adanya kasih sayang DIA.

Sunday 26 July 2015

Rindu Sebelum Bertemu

Aku sering saja mengalirkan air mata,
Merindui sang ‘pujangga’,
Walau tidak mengenali siapakah ia,
Jauh sekali bertemu dengannya…

Namun aku telah lupa
Bahawa aku sudah ada Sang Pujangga Alam Semesta
Yang telah terlebih dahulu merindui diri ini, kita dan semua,
Juga sama perihalnya, sudah merindui walau tidak pernah bertemu mahupun bersua…


Langit Madinah hening, bening seketika..
Suasana sepi seusai Rasulullah mengungangkapkan kata-kata,
Meluahkan rasa RINDUNYA yang teramat pada saudaranya,
Para sahabat semua tertanya-tanya.

Siapakah insan bertuah itu wahai Nabi Allah?? Kamikah Ya Rasulallah??
Bukan, kamu semua adalah sahabatku..

Mereka adalah saudaraKu,
Mereka tiba disaat aku telah pergi,
Membenarkan, mempercayai dan meyakini walau belum pernah menemui,
Mereka mencintaiku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka sendiri,
“Aku sungguh rindu ingin bertemu dengan mereka”


Maaf kami Ya RasulAllah,
Kau merindui kami sedangkan kami seringa saja alpa dari mengingatimu…

Maafkan kami wahai rasul mulia, Nantikan kami di sana,
Mungkin saja kami tidak mengenaliMu tetapi engkau pasti mengenali umatmu…



Maka syafaatkan kami, syafaatkan kami, syafaatkan kami,
Moga kita dapat bertemu di akhirat sana melepaskan rindu yang terpendam di hati :’(



#Allah & Rasul Lebih Berhak Untuk Aku Cintai..



Monday 27 April 2015

Siapakah dia yg ku nanti...

Puisi cinta ini ku karang khas sebelum mengenal pemiliknya...

Salam rinduku buatmu...

Apa khabarmu di sana? Moga dikau berada dlm lindunganNya sentiasa...moga sejahtera keadaan imanmu.

Aku disini insyaAllah berada dlm keadaan sejahtera. Alhamdulillah, aku punya Ilahi yg sentiasa menjaga diriku. Menjaga diriku utkmu. Moga kau disana jua begitu..menjaga dirimu bwt diriku.

Wahai sang pujangga,
Satu yg aku ingin kau tahu bahawa aku disini masih setia menanti hadirnya dirimu dlm hidupku...

Aku ingin kau tahu bhw dlm penantian ini aku seringakali saja mengalirkan air mata, menanti sesuatu yg amat bernilai yg aku sendiri tdk pasti siapa, tp hati ini meyakini Dia sedang mempersiapkan dirimu untukku.

Tolong doakan hati ini terus kuat bersabar menantikan kehadiranmu dgn secara terhormat.

Monday 8 December 2014

Cinta Ilahi

Orang..kalu dilamun cinta, yang dipuja sentiasa dalam ingatan! Fikiran selalu melayang, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah..terbayang si'dia' di mana-mana...Pelik bunyinya, tapi itulah hakikatnya..

Sungguh dahsyat bukan?? Itu baru cinta sesama manusia. Macam mana agaknya cinta manusia dgn penciptanya?

Allah yg merupakan PEMILIK segala perasaan dan jua hati lebih dahsyat lagi 'KUASA CINTA' yg bisa dicampakkan kepada sesiapa sahaja yg Dia ingini. Agaknya bagaimana rasa cinta dalam hati Baginda Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat kepada Tuhan kita ya?? Yang mana sudah tentu Allah campakkan cintaNya pada mereka. Allahu rabbi, maka tidak hairanlah mereka sanggup lakukan apa sahaja demi Allah, Rasul dan Agama...beruntungnya mereka mendapat 'CINTA ILAHI'.

Tidak kah kita mahu merasainya?? Mengapa tidak! kita jugakan hambaNya...tetapi bagaimana? Allah kata فاذكروني أذكركم (al-baqarah: 152) Ingatlah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu...Anda nak tahu, simptom2 orang yang dilamun cinta yang saya huraikan di atas turut dialami oleh mereka yg bercinta dgn Ilahi..apa Allah sebut?

َالَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْض
رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia! Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Ali-imran: 191)

Sudah tentukan, Rasulullah, para sahabat, golongan alim ulamak merasai dan mengalaminya bukan?

Rasulullah,