Sunday 27 September 2015

Rahsia Hati ~~


Time flies.
So fast.

Usia semakin menginjak. Bertambah dari setahun ke setahun. Segala yg dilalui punya hikmah dalam mematangkan diri...

Manusia. Boleh berubah. Berubah mengikut keadaan. Samaada manjadi lebih baik atau lebih buruk, itu bergantung kepada individu. Saya sendiri terkadang risau. Risau andainya semakin menginjak dewasa, saya semakin jauh dengan Allah. Na'uzubillah


1 April 1990 bersamaan 6 Ramadhan

Satu tarikh keramat.

Seorang bayi lahir ke dunia. Bayi yang menjadi harapan mak dan abah. Bayi yang suci bersih tiada noda.

Setelah 25 tahun membesar, seorang bayi itu sudah menjadi seorang muslimah yang semakin hari sedaya upaya cuba memburu cinta-Nya. Muslimah yang kadang-kadang menangis sendirian di dalam gelap. Muslimah yang kadang-kadang tersenyum panjang sepanjang hari.

Setelah 25 tahun, muslimah itu masih sendiri meniti hari.

Pernah aku ditanya

"Ustazah, kenapa ustazah tak kahwin lagi?"


"Sy tak tahu siapa yg Allah sediakan untuk saya?"


Sungguh, itu saja jawapan yg ada padaku..

Well, soalan itu boleh diibaratkan sebagai "bila akan mati?" which means, tak tahu bila. Tak tahu nak jawab soalan tu. Jadi, masih sampai sekarang muslimah itu tersenyum sahaja bila soalan itu diajukan.

"Ia Rahsia Allah"




Allah itu sungguh kuat jagaanNya terhadap diriku, namun aku amat bersyukur untuk itu

Ia lebih baik daripada dilepaskan saja aku tanpa jagaan dan pemeliharaanNya




Tiap kali dalam doaku,




Ya Allah, tanamkanlah perasaan cinta dan rinduku padaMu dan rasulMu lebih dari yg lainnya,

dan andai aku jatuh cinta..berilah aku mencitai sesorang yg mencintaiMu, dan biarlah orang yg mencintaiMu turut mencintaiku agar bertambah dekat cinta kami kepadaMu...




Perkahwinan sudah tentu tak semudah di sangka.

Kita nikah, kita kawen dengan seseorang tu sampai bila? Sampai umur 60 tahun? Sampai badan lesu dah tak boleh berjalan? Sampai sakit kronik menjengah diri? Atau sampai cinta sudah hilang? Juga mungkin sampai kiamat?

Geleng kepala.

Saya mahu bersama seorang suami sampai syurga. Ya, sampai syurga. Bukan setakat di dunia, tetapi juga di sana nanti. Oleh kerana jalan ke syurga itu payah, perit, penuh liku, maka saya juga perlukan seorang teman yang mampu bersama saya menghadapi jalan-jalan sukar ini supaya nanti kami sama-sama dapat merasai manisnya syurga-Nya. Aameeen. InshaAllah.


Saya mahu si dia mencitai saya hanya keranaNya.


Kerana kecantikan itu akan pudar,

muda akan menjadi tua,

kepintaran akan tumpul dek alpa di senja usia,

Namun andai hilang agama maka layaklah hilangnya cinta

Senyum kenyit mata dua kali.

"dah tu tunggu yang macam mana?"

Pada saya cukup yang sederhana, seimbang dunia dan akhiratnya. Tapi yang paling penting adalah yang menjaga solatnya kerana kelak dia yg akan menjaga solat saya dan zuriatnya kelak. Saya idamkan si dia yang dapat mengajak saya dan zuriat bersama-sama mengenal pencipta dan agama. Pasti manisnya nikmat berkeluarga akan terasa jika kita sama2 cuba meraih redhaNya.

Well, jalan hidup setiap dari kita tu berbeza-beza. Tidak kan pernah sama. I have trust in Allah. Kalau takde kat sini, di dunia ni, mungkin akan ada di akhirat sana. Ada yang menanti sana.

nanges...

Dalam hidup ni, terlalu banyak benda yang kita boleh fikir. Bukan jodoh semata-mata. Lihat sahaja keadaan ummah sekarang. Fikirkanlah. Bagaimana kita mahu membina ummah yang baik, di saat diri kita sendiri terlalu jauh dengan Tuhan? Terlalu jauh meninggalkan suruhan-Nya.

Menyedut nafas di bumi Tuhan, ada banyak perkara yang kita boleh belajar. Ada banyak perkara yang kita boleh duduk dan fikir. Tetapi kita, selalu mensia-siakan apa yang terhidang di depan mata. Terlalu memandang remeh dengan setiap apa yang terjadi dalam hidup kita, walhal berganda-ganda hikmah disebalik kejadian.

Duduk, betulkan kerusi.

"Moga masa-masa yang mendatang, yang diizinkan-Nya untuk darah-darah dalam tubuh dipam jantung dan mengalir ke dalam kapilari, hidung dan paru-paru meyedut dan menghembus oksigen percuma dan otak terus berfungsi.. Moga masa-masa yang tersisa akan digunakan sebaiknya untuk dikorbankan buat dakwah dan perjuangan, mendekatkan lagi diri kepada-Nya, untuk menggapai redha-Nya dan menjadi dorongan untuk pecutan terakhir ke syurga-Nya!"

Semoga dalam hari-hari yang kita lalui, kita masih di dalam redha-Nya. masih di bawah jagaan-Nya. Percayalah, Allah sayangkan mu.

Letak tangan ke hati, rasai degup jantungmu.

Di situ adanya kasih sayang DIA.

No comments:

Post a Comment