Bumi Allah ini terlalu indah…sungguh ianya begitu indah!
Carilah, pergilah…berjalanlah, bermusafirlah akan kau temui
akan apa yg kuperkatakan…bumi ini terlalu luas, takkan habis hari utk
dijelajahi seluruhnya.
Masakan tidak, tatkala kita melihat ke langit…jutaan bintang
bekerlipan bergemerlapan. Tatkala fajar pula mentari ceria menyinarkan
sinarnya. Terbang di awan pula, subhanAllah bagaikan ada satu hamparan lain yg bisa
didiami, dijejaki disana. Bagaikan satu hamparan permaidani indah yg sukar
utk digambarkan. Tidak henti-henti mulut bertasbih saat melihat tanda kebesaranNya. Itu baru apa yg bisa dijejak dgn kaki, dilihat oleh
mata..Percayalah! pasti ada jutaan keajaiban di atas sana..langit sahaja ada 7
lapis semuanya dan setiap satu darinya pasti ada seribu rahsia dan cerita.
Dialah yg maha mengetahui segalanya.
Pulau Mamutik, Sabah |
Snookling taw! |
Warna-warni ciptaanNya dari tumbuh-tumbuhanan mahupun ikan2…berenang-renang tenang, bebas ke sana dan ke sini. Turut bisa menenangkan kita yg melihatnya, hilang seketika segala masalah dan urusan yg membebankan minda.
Bagaikan sukar dipercaya apabila hidupan disini betul2 berada di depan mata, berlegar2 disekiling sehingga bisa disentuh dengan jemari ini…Terima kasih ya Allah atas peluang ini. Oh, bgaimanakah agaknya syurga? Pastinya lebih indah dari ini…pastinya!
Katakanlah (wahai
Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari
segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan
kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan
kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah
dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak
menaruh kepercayaan kepadanya (Yunus[10:101]).
Langit di atas sungguh indah, begitu juga lautan di bawah. Namun kita ditakdirkan untuk mendiami daratan..agaknya mengapa ya? Supaya pabila kita berada di tengah, kita bisa naik ke atas mahupun turun ke bawah melihat kebesaran ciptaaNya.. Andai kita merupakan hidupan di langit, sukarlah kita utk sampai ke dasar lautan. Manakala andai kita hidupan di lautan sukar pula utk kita menjejaki awangan. Namun, usah terlalu cemburu pada kecantikan yang ada pada yang lain sehigga lupa akan kecantikan yang ada pada diri sendiri! Maksudnya, usah terlalu melihat kecantikan hnya pada apa yang berada dilangit dan di lautan hingga melupakan kecantikan yang ada pada daratan.
Air Terjun Sg.Pisang, Gombak. |

Daratan jua tidak kurang indahnya. Gunung-ganang, hutan yg menghijau warnya selalu menjadi penyegar mata dan jiwa..warna-warni tumbuhan, perlbagai jenis haiwan buas mahupun jinak pasti mengetuk hati kita.....
Bahawa, sudah tentu semua ini ada penciptanya! Pasti, ia tidak akan terjadi dgn sendirinya..
Jika kita melihat, indahnya pada yang sementara,
sudah tentu indah lagi pada hakikatnya.
Jika kita melihat, indahnya pada ciptaannya,
Sudah tentu indah lagi Penciptanya.
Indah itu bukan cukup sekadar di mata,
namun dihati patut menurut sama.
Moga ianya memandu kita mengenal Pencipta.....
SubhanAllah, Allhu Akbar.....