Tuesday 14 May 2013



Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…pandulah aku ke jalan yg benar,jalan yg Engkau redhai,
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian…Di dunia ini mahupun di akhirat..Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat…
padamu Ya Rabb kuserahkan urusan tersebut...

Wednesday 8 May 2013

Caraku Mencintaimu...

Bismillahirrahmanirrahim,

Sengaja aku tak menghubungimu,

Tak juga mengirim pesan untuk menanyakan kabarmu.
Mungkin ini tak biasa,Tapi bagiku,Inilah cara terbaik mencintaimu.

Aku mencintaimu dengan cara menjauh darimu,Bukan karena aku mulai tak menyukaimu,Justru karena aku sangat mencintaimu,Dan aku ingin menjagaku juga menjagamu,Menjaga tulusnya hatimu,
juga menjaga kesucian hatiku.

Inilah caraku mencintaimu,
Dalam diamku,
Dalam ketulusanku,
Dalam kesucianku,
Dalam cara tak biasaku,

Meski sulit,Meski berat,Meski sakit untukku,Namun ku tahu ini pilihan terbaik agar kita tak terlalu saling mengharap.

Karena berharap hanya pantas pada Sang Pemilik Hati,Karena berharap hanya pantas digantungkan pada Sang Pemilik Cinta,Pada-Nya kuharap Dia kan menjagamu untukku,Pada-Nya kutitipkan hatimu,

Biarlah ku hanya bisa menyapamu lewat senandung doa,Agar Untukmulah segala kebaikan,Agar bersamamulah segala keindahan.



Petikan dari page Wahai Calon Imamku,Takkan Habis Ku Berdo'a Jadi Kekasih Halalmu 

Tuesday 7 May 2013

Allah is protecting me! Usah risau dan bersyukurlah…


Ya Allah, selagi ku terdaya kusimpan sedaya upaya…
oh, beratnya rasa menyimpan satu rasa!
Tolong bantuku Ya Allah..
terus beri aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujianMu..
ku tahu, semakin kutahan
semakin manislah pengakhirannya kelak..
Hanya keranaMu aku terus kuat melakukan semua ini..

Ya Allah, terima kasih kerana terus menjaga diriku..
aku tahu bahawa Kau terlalu sayang padaku. 
Aku tahu dan pastinya aku amat bersyukur untuk itu. 
Moga dengan itu Ya Allah,
 kau utuskan buatku insan yang turut menyayangimu
 untuk menyangi diriku buat suatu hari nanti...
apabila telah tiba detik dan ketikanya,
 maka akan bersatulah 2 cinta yang bertaut kerana cintaMU..
InsyaAllah… Amin Rabb~


Monday 6 May 2013

Sungguh Teguh cintanya..aku cemburu!



Air mataku menitis lagi…apabila berbicara dengannya tentang hal ibadah dan agama sering kali membuatkan aku berfikir dan bermuhasabah diri. Si dia kurang ilmu agamanya tapi si dia amat banyak amal ibadahnya. Berbezanya dia dan aku, dia mahu namun kadang-kala dia tidak tahu, manakala aku tahu cuma kadang-kala sengaja tidak mahu…oh, sudah tentu  kerdilnya aku berbandingnya dihadapan mata Ilahi. Aku malu…

Petang tadi air mataku menitis lagi, mendengarkan kisahnya, bercerita sambil dia jua turut melempiaskan air matanya. Beliau menceritakan apa yg didengarnya dr ustaz di kaca tv. Tidak diterima amalan sunat seorang insan itu andai masih ada ibadah wajibnya yg masih tidak terlaksana. Mendengarkan perihal itu membuatkan hatinya gentar dan sayu..jika begitu apalah gunanya segala apa yg telah dilakukannya sebelum ini..apakah nilai tahajjudnya, puasanya, zikirnya? Ya, dia memang rajin melakukan semua itu walaupun umurnya sudah hampir mencecah 80 tahun. Hatinya bimbang andai ada ibadahnya yang masih tidak terlaksana ataupun sudah dilaksana namun masih tidak sempurna. Itulah perkara yg merungsingkannya..Lantas dia pun berhempas pulas menunaikan qada’, tidak kiralah samada solatnya mahupun puasanya.

 Hatiku jadi tersentuh..kudratnya lemah namun semangatnya masyaAllah, luar biasa. Sedangkan aku, umur masih muda, ilmu jua ada, tenaga seakan masih banyak yg tidak terguna namun jauh sekali aku jika dibandingkannya.  Sungguh hebat cintanya.. Pantang mendengarkan ibadah2 yg dituntut untuk dilaksanakan, pantas sahaja segara dilaksanakannya..SubhanAllah, sungguh teguh cintanya padaMu Ya Rabb.

Ya Allah, terima kasih kerana membuatkan air mataku menitis lagi..dengannya aku berfikir..terfikir bagaimana pula cintaku padaMu..Tolong Ya Allah, pimpin aku pada jalan Mu, tanamkanlah perasaan cinta dan riduku padaMu melebihi segala-galanya. Kuatkan semangatku dalam mujahadah melawan hawa nafsu, sabarkan hatiku dalam menunaikan ibadah padamu. Terima kasih kerana mengahadirkan si dia dalam hidupku..Aku amat menyayanginya Ya Allah..aku menyayanginya Ya Allah keranaMu..terimalah segala amal ibadahnya, makbulkanlah segala doa-doanya, selamatkan lah kehidupannya di dunia dan akhirat…Aku amat SAYANG kan dia. Dia yang ku maksudkan adalah nenekku…May Allah Bless her forever, dunya wal akhirah ..


Thursday 2 May 2013

Bukankah pada wanita itu adanya sifat malu…^^



إن الحياء من الإيمان



Nabi berpesan, sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman…
Ehm..bagus juga bila adanya bantch mark macam ni..sekurang2nya dapatlah kita jadikannya sebagai pedoman dalam menjalani kehidupan yg mana kadang-kala kita leka dan alpa..

Apa yg sy ingin sampaikan sebenarnya? 
Wanita itu sebenarnya lebih beruntung, kerana kita punya sifat malu yg lebih tebal berbanding lelaki yang semula jadi wujud dalam diri ini. Tidakkah kamu sedar duhai para wanita bahawa ia membuatkan kita tampak lebih indah. Duhai wanita, peliharalah ia, jgn dibiarkan ia menipis..anggaplah dengan semakin kurangnya sifat malumu semakin kuranglah keindahanmu..kita diciptakan berbeza dengan kaum adam. Mereka diciptakan dengan kekuatan yang jauh bezanya dengan wanita, mereka jua lebih kasar sifatnya bersesuaianlah dengan tabiat mereka yang terpaksa berhadapan dengan cabaran dunia luar  yang penuh dengan cabarannya.
 Dan dengan itu Allah ciptakan pula wanita sebagai  pelengkap hidup kaum Adam..diciptakan wanita itu pd fitrahnya bersifat lemah lembut agar ia dapat menjadi penenang hati dan penyejuk mata buat mereka. Tidakkah kamu tahu bahawa hati si lelaki itu gundah dan gulana? Oleh itu, janganlah ditambah resah dihati mereka dengan godaanmu. Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa mencari ruang dan peluang utk mempergunakanmu kerna kau bisa menjadi pelemah bg si lelaki. Moga kita dilindungi daripadanya…

Duhai wanita, dan dengan perbezaan sifatmu itu membuatkan kamu tampak istimewa di mata mereka..santunkanlah tutur katamu, rendahkanlah suara dan gelak tawamu, aturlah gerak langkahmu..cukuplah gaya sebagai seorang muslimah. Usah risau andai diri tidak digilai tetapi risaulah andai dirimu tidak dihormati!

Sungguh kukatakan bahawa wanita itu amat berharga..dan jika tidak diri sendiri yang yang menetapkan dan menjaga nilainya siapa lagi? 

 -Peringatan utk diri dan sahabat yg lain yg sudi membaca post ringkas ini ;)