Thursday 2 May 2013

Bukankah pada wanita itu adanya sifat malu…^^



إن الحياء من الإيمان



Nabi berpesan, sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman…
Ehm..bagus juga bila adanya bantch mark macam ni..sekurang2nya dapatlah kita jadikannya sebagai pedoman dalam menjalani kehidupan yg mana kadang-kala kita leka dan alpa..

Apa yg sy ingin sampaikan sebenarnya? 
Wanita itu sebenarnya lebih beruntung, kerana kita punya sifat malu yg lebih tebal berbanding lelaki yang semula jadi wujud dalam diri ini. Tidakkah kamu sedar duhai para wanita bahawa ia membuatkan kita tampak lebih indah. Duhai wanita, peliharalah ia, jgn dibiarkan ia menipis..anggaplah dengan semakin kurangnya sifat malumu semakin kuranglah keindahanmu..kita diciptakan berbeza dengan kaum adam. Mereka diciptakan dengan kekuatan yang jauh bezanya dengan wanita, mereka jua lebih kasar sifatnya bersesuaianlah dengan tabiat mereka yang terpaksa berhadapan dengan cabaran dunia luar  yang penuh dengan cabarannya.
 Dan dengan itu Allah ciptakan pula wanita sebagai  pelengkap hidup kaum Adam..diciptakan wanita itu pd fitrahnya bersifat lemah lembut agar ia dapat menjadi penenang hati dan penyejuk mata buat mereka. Tidakkah kamu tahu bahawa hati si lelaki itu gundah dan gulana? Oleh itu, janganlah ditambah resah dihati mereka dengan godaanmu. Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa mencari ruang dan peluang utk mempergunakanmu kerna kau bisa menjadi pelemah bg si lelaki. Moga kita dilindungi daripadanya…

Duhai wanita, dan dengan perbezaan sifatmu itu membuatkan kamu tampak istimewa di mata mereka..santunkanlah tutur katamu, rendahkanlah suara dan gelak tawamu, aturlah gerak langkahmu..cukuplah gaya sebagai seorang muslimah. Usah risau andai diri tidak digilai tetapi risaulah andai dirimu tidak dihormati!

Sungguh kukatakan bahawa wanita itu amat berharga..dan jika tidak diri sendiri yang yang menetapkan dan menjaga nilainya siapa lagi? 

 -Peringatan utk diri dan sahabat yg lain yg sudi membaca post ringkas ini ;)

No comments:

Post a Comment