Air mataku
menitis lagi…apabila berbicara dengannya tentang hal ibadah dan agama sering
kali membuatkan aku berfikir dan bermuhasabah diri. Si dia kurang ilmu agamanya
tapi si dia amat banyak amal ibadahnya. Berbezanya dia dan aku, dia mahu namun
kadang-kala dia tidak tahu, manakala aku tahu cuma kadang-kala sengaja tidak
mahu…oh, sudah tentu kerdilnya aku
berbandingnya dihadapan mata Ilahi. Aku malu…
Petang tadi air
mataku menitis lagi, mendengarkan kisahnya, bercerita sambil dia jua turut
melempiaskan air matanya. Beliau menceritakan apa yg didengarnya dr ustaz di
kaca tv. Tidak diterima amalan sunat seorang insan itu andai masih ada ibadah
wajibnya yg masih tidak terlaksana. Mendengarkan perihal itu membuatkan hatinya
gentar dan sayu..jika begitu apalah gunanya segala apa yg telah dilakukannya
sebelum ini..apakah nilai tahajjudnya, puasanya, zikirnya? Ya, dia memang rajin
melakukan semua itu walaupun umurnya sudah hampir mencecah 80 tahun. Hatinya
bimbang andai ada ibadahnya yang masih tidak terlaksana ataupun sudah dilaksana
namun masih tidak sempurna. Itulah perkara yg merungsingkannya..Lantas dia pun
berhempas pulas menunaikan qada’, tidak kiralah samada solatnya mahupun
puasanya.
Hatiku jadi tersentuh..kudratnya lemah namun
semangatnya masyaAllah, luar biasa. Sedangkan aku, umur masih muda, ilmu jua
ada, tenaga seakan masih banyak yg tidak terguna namun jauh sekali aku jika
dibandingkannya. Sungguh hebat
cintanya.. Pantang mendengarkan ibadah2 yg dituntut untuk dilaksanakan, pantas
sahaja segara dilaksanakannya..SubhanAllah, sungguh teguh cintanya padaMu Ya
Rabb.
Ya Allah,
terima kasih kerana membuatkan air mataku menitis lagi..dengannya aku
berfikir..terfikir bagaimana pula cintaku padaMu..Tolong Ya Allah, pimpin aku
pada jalan Mu, tanamkanlah perasaan cinta dan riduku padaMu melebihi
segala-galanya. Kuatkan semangatku dalam mujahadah melawan hawa nafsu, sabarkan
hatiku dalam menunaikan ibadah padamu. Terima kasih kerana mengahadirkan si dia
dalam hidupku..Aku amat menyayanginya Ya Allah..aku menyayanginya Ya Allah
keranaMu..terimalah segala amal ibadahnya, makbulkanlah segala doa-doanya,
selamatkan lah kehidupannya di dunia dan akhirat…Aku amat SAYANG kan dia. Dia
yang ku maksudkan adalah nenekku…May Allah Bless her forever, dunya wal akhirah
..
No comments:
Post a Comment