Wednesday 14 May 2014

SIAPA SAYA SETELAH GRAD?

Sedar tak sedar dah 4 bulan dah grad. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki tiada istilah menganggur bwt saya. Tamat sahaja final exam pd Januari hr tu, sy trus pergi holiday dgn family ke Sabah dlm seminggu..kira2 mcm celebrate sy hbs bljr laa..adik-beradik pon semua tgh free..hee J Balik dr Sabah pula, join last program dgn UIA iaitu Baktisiswa ke Perak. Seminggu  jugak kat sane..habis program, minggu berikutnya tu saya dipanggil utk temuduga sekolah yg mana saya apply ketika sy masih dlm tempoh final exam di UIA.

MY FIRST JOB

 Sek.Ren.Islam Sri al-Rahmaniah, sebuah sekolah yg baru shj ditubuhkan dua tahun yg lalu, dekat je dgn rumah sy. Interviewnye simple jew, semua soalan berkisar tentang perihal latar belakang diri dan akademik shj. So, takde bende nk takut..huhu.. lagipun sekolah ni memang nak pakai orang. So di hujung sesi interview tu terus ditanya bile boleh mula kerja? Saya pon jwb lah, kalu nak sy start esok pon boleh..trus guru besar  kata ok, esok mula kerja.hehe..Alhamdulillah.

Saya pon jalanilah tugas sy sebagai guru disekolah tersebut..berhasrat utk tidak  mengajar shj tp turut mendidik. Masa mereka di tahap sekolah rendah lah mereka perlu dididik, perlu diajar hormat dan disiplin. Soal kebersihan amat sy tekankan. Sambil2 tu bermain juga lah dengan mereka..hihi..supaya diorang seronok belajar ngan kita kan. Banyak juga pengalaman yg sy dpt bekerja disini..belajar mengawal dan melayan kerenah anak-anak didik, masakkan utk mereka, jadi guru kelas, guru perpustakaan, organize kem kepimpinan dan jd ketua guru pembimbing rombongan. Semua ni pengalaman berharga bwt sy. Disamping itu, sy jga bwt part-time, ajar mengaji utk budak2 asrama di SMK Sungai Pusu.

PENGALAMAN INTERVIEW



Dalam tempoh sy mengajar di sekolah sy masih tidak berhenti menghantar resume. Betul lah, bukan mudah utk dpt kerja..rasanya banyak jugak lah resume dihantar, tp nk tunggu di panggil tu..masyaAllah. Alhamdulillah, dlm bulan ni (mei)  murah pula rezeki sy, sampai dpt 3 panggilan temuduga, tp dpt pergi 2 shj sbb ada yg bertindan, jatuh pd tarikh yg sama. Sy lepas kan pggln yg ke3 tu, post guru subjek syariah di SMA Islam Hidayah. Utk yg dua tu je lah sy pergi..yg pertama post sebagai Pegawai Penterjemah di Universiti Islam Malaysia (UIM), Cyberjaya. Rasa excited betul nk gi interview yg ni..ye lah, kejer office lah katakana..hehe..sbnrnya takutnye tu pon lebih! Haa, pengalaman pertama interview utk keje office (6 Mei 2014). Mula2 sekali kena jawab exam..kena terjemah satu teks petikan dr BM-BA. Then baru interview session, panel ada 4 orang. Interview berjalan dengan menggunakan B.Arab sepenuhnya..huh, nervious jgk lah rasanya almaklum dh lama x praktik ckp arab..Antara soalan yg di tanya selain suruh perkenalkan diri adalah, pengalaman dr sudut penterjemahan dan penulisan. Then, pengalaman muamalah (berurusan) dgn org arab dan pengalaman ke tanah arab. Last question die bg ‘ibarah minta kta komen dan huraikan. Sy try jawab soalan dengan seyakin yg boleh..huhu..tp kan, turn sy sekejap je interviewnye berbanding dgn 3 org sebelum sy..agaknya knapa lah tu ye?? Risau gak, ahli panel suka ke xsuka ke kan? Hurm..sudah seminggu, masih belum ada panggilan telefon atau surat yg mengatakan jwpn interview tersebut. Kawan sy Nadhirah Abd.Latif  yg interview utk post tu jgk, pun masih takda dpt apa2 berita. Saya berharap sangat dpt job ni, sbb ianya kerja tetap dan government.

Cerita hari ni, sy pergi interview utk post sbg tenaga pengajar di KUIS, Bangi pula..ajar bdk2 asasi die. Interviewnya ada 2 sesi. Sesi pertama, mock teaching dan sesi kedua, interview. Untuk mock teaching tu Alhamdulillah, agak confident sikit..mgkin sbb sy dah terbiasa mengajar. Lg pon mengajar utk tahap student yg tiada basic arab sama jga mcm sy ajar student sy di sekolah kan..huhu..Tp utk sesi interview, sy agak gugup sikit..byk pula soalan yg ditanya! terasa lama  interview tu..haha..Panel tu check sijil satu2 kowt..antara soalan yg ditanya, knapa nak kerja kat situ, mcm mana anda boleh bantu utk kamajuan KUIS, bagaimana anda dpt membentuk nilai2 islam? Main jwb je..huhu..Kerja kt KUIS ni contract jew..kalu diorang puas hati dgn performance baru kita boleh sambung kontrak lg.huhu..

Ya Allah, tempatkanlah aku di mana yang terbaik buat diriku, agamaku dan kehidupanku. Ameen Ya Rabb.