Wednesday 3 September 2014

Tahukah kamu bahawa wanita solehah itu amat berusaha menjaga hatinya yg satu?

Wanita solehah itu bergantungnya hanya pada Allah yg satu,
Tawakalnya besar, mujahadahnya berat, sabarnya indah
Semuanya kerana takutkan Allah.
Wanita solehah itu menyimpan hatinya hanya untuk suaminya,
Selagi belum bersuami usah diharap cintanya sepenuh hati,
kerana dia pasti tidak mahu memberi cinta yang berbaki buat bakal suami.

Jalan mujahadah ini bukan ringan dan mudah!
Tatkala kawan-kawan seronok bermesra dengan pacarannya,
berchatting dan berdatting, 
naluri dan nafsunya juga kadang kala tercuit,

Apa kata wanita solehah?
Ahh, pedulikan itu semua 
Mardhotillah nombor satu…
Sungguh, hanya kerana Allah 
wanita solehah itu kuat
Bukan kuat fizikalnya, tetapi rohaninya.

Pesanku pada insan yang bergelar lelaki,
Jangan sesekali kau usik hatinya jika kau tiada niat untuk memilikinya,
Kerana kau akan mencalarkan hati yg cuba dijaganya,
tolong bantu si dia, hormati dirinya.

Wahai lelaki soleh,
Andai kau tertarik padanya, percepatlah urusanmu itu,
Selamatkan dirinya dari berserah diri pada lelaki yg kurang akhlaknya,
Jangan kau tunggu si dia untuk memulakan,
kerana dia jarang sekali mencari tetapi hanya menanti..

Mengapa hanya menanti? Kerana dia mahu jodoh yang datang adalah pilihan Ilahi…
Pilihan ilahi pastinya yang terbaik untuk diri,
Bagaimana mahu tahu ianya pilihan Ilahi?
Iaitu apabila telah terbukanya hati…
Wallahu Ta’ala a’lam.

-Aku tidak mengatakan bahawa aku wanita solehah tetapi aku cuba berusaha menjadi sepertinya~~

-nurIlahi-
5.30am