Saturday 14 June 2014

Pengalaman dan AMANAH BARU! ^_^

Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama sekali nak ucap syukur yang tidak terhingga pd Rabbul Jalil atas kurniaan rezekinya bwt diri ini...Alhamdulillah, Terima Kasih ya Allah...

Sungguh, pelbagai perasaan yg hadir pada minggu ini
Seronok, teruja, hiba, terharu, gementar dan macam2 lg lah...

Segalanya baru,
Tempat kerja baru, suasana baru, rumah baru, kawan baru dan semestinya segala ini membawa kepada satu pengalaman baru!

Satu pengalaman yang amat memberi kesan dalam musafirku kali ini..membuka mataku dan begitu menyentuh perasaan 'terharu'ku terhadap pengorbanan mereka yg bergelar 'ibu bapa'. Sanggup bersusah-payah demi anak asalkan sahaja anaknya ini ditinggalkan dalam keadaan selamat dan agak selesa. Hari ini sekali lagi contoh dapat dilihat di depan mata...bukan shj aku, malahan begitu jua rakan sekerja baruku (Madihah). Walau dengan segala keterbatasan yg ada, nun jauh di utara masih ttp  berkeras ingin menghantar sendiri anaknya walaupun dgn menaiki bas. Itu lah dia 'orang tua' kita. Sukar utk aku nukilkan disini, cukuplah kami sedar akan hal ini dan InsyaAllah mengenang jasa2 mereka. Moga Allah mengampuni segala dosa2 mak dan abah, memelihara dan mengganjarkan mereka dgn syurga.

Menyentuh pula ttg tempat kerja baru..Alhamdulillah, pd andaianku rakan sekerja baik2 semuanya. Moga begitulah hendaknya. Boss pun nampak spotting..Alhamdulillah. Sedikit gementar dengan tugasanku yg bakal bermula esok..mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.



Apa yg dapat kukatakan ttg suasana di sini adalah ia seakan mirip shj dgn UIA..pljr2nya ramai jg yg berkopiah dan bertudung labuh..ini membuatkan aku agak selesa dan tdk berasa janggal dgn tmpt baru..walaubagaimanapun, UIA tetap sentiasa dihati, tiada tara dan bandingannya...Love UIA so much ^_^