Monday 24 June 2013

Erti Sahabat

Sahabat,
Dialah rakan, dialah teman.
Kehadirannya disenangi,
Pemergiannya dirasai.

Sahabat itu,
Susah dan senang selalu bersama,
Tatkala susah menjadi penyelamat,
Tatkala lalai menjadi pengingat,
Tatkala buntu menjadi penasihat.

Sahabat itu,
Sering menjadi cerminan,
Andai baik, baiklah pandangan manusia
Andai buruk, buruklah pandangan keatasnya

Bersahabat dengan si penjual minyak wangi, wangiannya yang akan tercalit
Bersahabat dengan si tukang besi, bahang apinya yang akan terpalit.

Sy percaya, setiap daripada kita pasti punya rakan, teman dan sahabat. Ada yg mentafsirkan makna sahabat lebih mendalam atau jika dikatakan dalam B.Inggeris mereka ini dianggap ‘true friend’. Ya, atas makna ini jualah yang saya ingin tekankan di sini.

Sahabat adalah rakan, tetapi tidak semua rakan adalah sahabat dan kebiasaanya bilangan sahabat adalah lebih kecil berbanding rakan. Apabila kita bersahabat, bersahabatlah kerana Allah bukan kerana semata-mata kerana kita sayang atau kasih akan si dia! Apabila persahabatan/ ukhuwwah dijalinkan hanya keranaNya InsyaAllah ikatannya akan lebih manis dan berpanjangan. Ikatan ukhuwwah kerana Allah menjauhkan kita dari perasaan kecewa dan mendekatkan kita pada pintu bahagia. Percaya atau tidak?

Percayalah! Dalilnya (buktinya)

Apabila segalanya kerana Allah…..
Kekurangan sahabat tidak dikeji, kelebihannya tidak diiri,
rela menerima apa adanya dia kerana kita tahu dia jua hambaNya seperti mana kita
punya kelebihan dan jua kelemahan.

Jika segalanya kerana Allah,
hati tidak akan kecewa andai kebaikan kita tidak mendapat balas darinya
kerana kta lakukannya bukan kerananya, tetapi kerana Allah yang Maha Esa.
Kita jua tidak akan membiarkan perselisihan faham berpanjangan
kerana sayang akan ukhuwwah yang telah terbina.

Bersahabatlah!
Kerana dengan bersahabat itu kamu belajar segala sesuatu,
belajar mengenali sifat diri melalui perbezaan antara kamu dengannya.
Kelebihannya dicontohi, kekurangannya disempadani.

Dalam apa jua perbuhungan, tidak kira persahabatan mahupun kekeluargaan,
cubalah utk berteraskan hanya keranaNya kerana kamu akan lebih dekat pada pintu BAHAGIA..InsyaAllah.


Pesanan adalah untuk kita bersama lebih2 lagi bg diri ini yang berbicara..InsyaAllah, sama2 kita usaha!!

No comments:

Post a Comment