Monday 19 August 2013

Ramadhan di UIAM tercinta :)

Assalamualaikum. Apa khabar sume? Wah, agak lama rasanya blog sy ini sunyi dr sebarang cerita terbaru dr saya.huhu..maaflah J  Almaklumlah mengambil short semester memaksa sy utk melupakan hasrat utk menulis. Tp sekarang sy sudah kembali! Alhamdulillah, telah selesai menghadapi segala ujian short semester dgn berakhirnya last paper 2 hari yg lepas. Terasa seperti terlalu byk cerita yg ingin dikongsikan..haha

Bercerita sedikit pengalaman mengambil short sem utk ramadhan kali ini..alhamdulillah, terasa indah.

Ramadhan kali ini terasa lebih focus dgn aktiviti2 ibadah dan ilmu shj! Alhamdulillah..berpeluang menyertai bacaan al-Quran secara bertadarus setiap hari. Apa itu TADARUS? Dari sudut bahasa ia bererti  ‘saling belajar’ berasal dr root word ‘da ra sa’ yg bermaksud belajar. Bagaimana pula ia boleh dikaitkan dgn mkna tersebut?  Melalui kaedah tadarus, setiap ahli kumpulan akan bergilir-gilir memperdengarkan bacaannya sambil ahli yg lain mendengar, menyemak dan memperbetulkan cara bacaannya. Biasanya amalan ini menjadi famous pd bulan ramadhan di sekolah2, surau dan masjid, bersempena mengambil ‘ibrah dr kisah nabi kita Muhammad SAW memperdengarkan bacaannya dihadapan Malaikat Jibril ‘alaihissalam setiap hari ketika di bulan Ramadhan.


Antara kebaikan yg sy dapati dr method ini ialah, ia dpt membantu yg lemah utk lebih memahami cara bacaan yg betul dan jga melatih mereka utk membaca dgn lbih lancar. Dan bg yg sudah sedia pandai membaca al-quan pula, ia dpt menyedarkan mereka ttg bagaimana cara bacaan yg lebih tepat. Hal ini kerana, dlm sesuatu kumpulan kita akan berjumpa dgn org yg lebih baik bacaannya dr kita. Jika selama ini kita rasa bacaan kita telah baik, tp dgn method ini sebenarnya baru kita dpt menyedari beberapa kesalahan dan kelemahan kita dr sudut bacaan dan tajwid contohnya. Dari sinilah kita dikatakan saling belajar antara satu dengan yg lain. Tp sayang, nampaknya aktiviti ini kurang mendapat sambutan ahli residents. Kumpulan kami sendiri hanya terdiri dr 3 org shj, tetapi tetap berasa amat bersyukur kerana menjadi antara hambaNya yg terpilih. Amat rugi rasanya bg mereka yg melepaskan peluang ini kerana bukan mudah utk kita dpt menyemak cara bacaan kita dr mereka2 yg mahir di bulan2 yg lain. Tp tdk mengapa, bagi yg tlh terlepas peluang utk tahun ini, berazamlah utk tahun yg akan datang pula.

Antara aktiviti2 lain pula adalah seperti solat Tarawih. Alhamdulillah, Mahallah Aminah memang tdk pernah miss mewujudkan solat tarawih berjemaah di Mahallah. Ia amat memudahkan residents mahallah ni utk turut mendapat pahala solat tarawih berjamaah tanpa perlu ke masjid yg terletak jauh di centre. Imam2 nye pula di ambil dr para hafiz yg hebat2 bacaannya iaitu dr kalangan stdn UIAM sendiri. Dan antara kenangan yg paling indah jua adalah nikmat bersahur dan berbuka bersama kawan2 sebilik. Alhamdulillah, kami tidak miss dr bersahur dan berbuka bersama. Nikmatnya rasa berkongsi2 makanan. Kadang-kala sementara menunggu waktu berbuka, waktu kami terisi dgn sedikit tazkirah ataupun perbincangan mengenai beberapa kemusykilan agama. It’s nice right! 

Selain dr itu, kami sebilik sempat jua mengambil kesempatan utk merasa nikmat berbuka dan bertarawih di masjid. SubhanAllah, ramai jg pelajar yg terlibat di sana almaklumlah dpt makan free..hehe..bg yg tk tahu, mmg telah menjadi lumrah berbuka puasa di UIA ni dpt makanan free. Kalau di bulan lain, puasa sunat isnin khamis pon sama. Untungkan jd pelajar UIA? Hehe..Lepas tu, ttg solat tarawih di UIA ni pula..dilakukan 20 rakaat. Setiap hari imam menghabiskan 1 juzuk al-Quran. Biasanya imam berbangsa arab. Terasa bagaikan di Mekah. Tp ada sedikit yg membuatkan kami terasa sedikit kekurangan ialah tiadanya bacaan2 selawat yg biasanya dibaca setiap seusai 2 rakaat tarawih. Mgkin ini bukan budaya di tanah arab. Ramai juga di dapati para jemaah terdiri jga dr kalangan orang luar dr UIA. Ada yg sggup dtg dr jauh semata2 utk bertarawih di sini dgn sebab mereka ingin merasai suasana seperti di Mekah. SubhanAllah, kagum betul sy dgn mereka ini. Berkemungkinan ramainya foreigner di sini membwtkn mereka merasai suasana itu. 

Untuk 10 malam terakhir pula, kebiasannya aktiviti ibadah di masjid semakin rancak. Akan ada program I’tiqaf dan qiyamullail. Tp sayangnye..part yg ini sy tak berkesempatan utk menyertai. Pd waktu itu, mggu terdapat pelbagai tugasan sy sbg pelajar utk dibereskan! Assigment, report, preparation for presentation and also final exam. Huh, so hectic! Jd, cukuplah utk sy bwt di bilik sahaja…

Sekian, itulah serba sedikit pengalaman terakhir sy menyambut ramadhan sbg undergraduate student di UIAM yg tercinta ini…Sy pasti akan merindui corak2 indah kenangan ini…

Ramadhan,
datangmu membawa rahmah
Umat islam bagaikan berpesta ibadah
Mengisi waktu dengan aktiviti yg bermanfa’ah
Dek mengaharapkan redhaMu beserta maghfirah

Ramadhan,
Pemergiannmu ditangisi
Dapatkah kita bertemu lagi?
Moga segala puasa, amal ibadah diterima dan diberkati
Menjadi bekalan perjuangan bulan-bulan yg berbaki
Harapanku agar dpt kita bertemu lagi!!! InsyaAllah…Ameen Ya Rab

~TaqabbalAllahu minna wa minkum solehal a’maal~


No comments:

Post a Comment