Saturday 24 August 2013

Cerita Raya ku ^^

Salam lebaran bwt semua..haha.Sudah hari raya yg ke berapa belas entah masih mahu menyentuh bab raya lagi? Agak2 masih valid lg x? huhu..semua ini gara2 ingin mengisi masa lapang..terasa bosan, tiba2 terdetik pula nak share cerita ttg raya saya..

Raya!!! Sudah tentu ramai yg gembira dgn kehadirannya bukan? Haa…bgitu jualah dgn saya..hehe..Alhamdulillah, kami masih mengamalkan tradisi pulang ke kg berhari raya..bukan keluarga sy je taw! Keluarga mak cik pak cik pon sama..SERONOK!! Kalu time kecik2 dulu lg lah seronok! Dpt jumpa sepupu2 main bunga api sama2..kdg2 tu kalu bunga api dh hbis, kitorang gantikan plak ngan surat khabar. Habis surat khabar atuk kitorang bakar! Haha..seronoook sgt bile ingt2 balik. Tp sekarang sume dah besar. Tkde dah cam kecik2 dulu…adapon skrg just tanya2 khbr sikit gitu je lah..huh. Tp takpe, yg plg penting atuk dan nenek masih ada dan sebab itulah kami semua pasti balik jua ke kg setiap kali raya..Alhamdulillah…Moga2 Allah memanjangkan umur kedua-dua nenek dan datuk ku.Ameen..SAYANG Sangat2 pd mereka.

Something I want to share here, yg mana sy rasa sambutan raya bg keluarga sy ni ada sedikit keunikan berbanding anda..haha..wishing. Nak tahu apa? Haa..yg paling jelas mestilah dr juadahnya. Kami tiada ketupat, rendang dan lemang taw time raya!! Pelik x pelik? Habis tu kitorang makan apa kan?  Kitorang makan juadah yg dinamakan “burasak”. Burasak ni adalah makanan special masyarakat “Bugis” time raya taw. Sebelum tu..sy ni Bugis ke? Yup, sy bugis. Bugis Johor. Apa tu Bugis? Lain post lah plak sy terangkan. Skrg ni tumpuan pd raya saya. Berbalik pd burasak td, kalu tkde burasak tu rasa mcm tak raya lah! Kira kitorangnye main dish lah. Kitorang sumenye suka makan burasak ni. Nak siapkannya masyaAllah, nk kena rebus sampai 8 jam! Can you imagine that..haha..mmg hbis lah dpur gas..kalu dulu2 time sy kecik, atuk pakai kayu api je..



Macam nilah rupa burasak. Asalnya nasi bersantan. Mgkin ada yg bygkan mcm nasi lemak kan? Tp seriously ia ada rasa yg tersendiri..lain ni lain. Kene rasa baru taw... Orang bukan bugis pon ada yg suka mkn burasak ni taw, ada tu yg siap pandai bwt lagi…Tabik lah!! Huhu..
Selain tu kitorang ada gak lemang tp versi  bugisnye lah..asal dr pulut. Namanye “tumbuk”. Sebab apa nama dia camtu, sebab time nk isi dlm daun pisang kita kena tumbuk2 kan dia supaya dia padat. Ada gak versi yg lain bentuk 3 segi di panggil “lepat loe”. Sama je 2 bende ni cuma bentuk je lain. So, sape yg x mkn burasak bleh amek pulut ni. Nk tahu, kitorang takde lah mkn kosong je burasak, tumbuk dan lepat loe ni. Ada lauknye.. dan lauk2 ni berbeza mengikut keluarga. Kalu keluarga sy, kitorang mkn dgn ayam msk merah, daging msk kicap, serunding yg dipanggil “bejabuk” dan juga ikan parang digoreng. Ada family lain, ikan parang tu dia bwt asam pedas. Terpulang pd kebiasaan keluarga masing2..hehe.. Kebiasaanya, sampai hari raya ke3 je ada burasak dan sapa yg dtg pd hari2 yg seterusnya makan kuih je lah. Itu pun kalu smpt smpai raya ke3, kdg2 smpai raya ke2 je dah hbis.

Dah citer psl main dishes raya org bugis, nk share plak psl kuih muih dan suasana bagaimana org bugis beraya.huhu..korg minat ke tak eh nak tahu? Haha..tkpe, sy nk share jgk! Hehe..Orang bugis ni kebiasaannya suka beri dn bwt yg terbaik. So, ats sebabtu jugak lah biasanya kt umah org bugis byk kuih raya..dari hujung meja sini sampai ke hujung meja belah sana.hehe..penuh! Dan walaupun byk, tp kuih2 ni hbis taw sehabisnye raya. Tak membazir..mereka2 ni suka mkn kuih agknya. Hehe..

Cerita plak ttg suasana raya di kg saya..memandangkan kampong sy terletak di Johor, jdnye kami ada marhaban. Marhaban tu adalah kumpulan masjid beserta penduduk kg beramai2 dtg bertandang kesetiap rumah utk beraya. Yg paling special mereka akn start dgn selawat puji-pujian ke atas nabi sebelum menyantap makanan yg disediakan oleh tuan rumah. This is the speciality of celebrating Hari Raya di kg! Tak tahu lah negeri lain ada ke tak…huhu..

Nak tahu…biasanya bile nak dtg je raya sy dah kene bersiap sedia fizikal dan mental. Nak tahu kenapa? Sebab time raya lah byk keje nk kena handle. Almaklumlah, nenek dan datuk saya kan orang tua. Jadinye ramailah anak2 sedare mereka ni yg dtg menziarahi mereka..ada tu yg sampai pangkat cicit dah..Alhamdulillah, tetamu kan datang membawa barakah..huhu..ayat pujuk hati..hehe..sbb kdg2 rasa tk larat dah nk layan. Tetapi takpe jika itu harga yg perlu sy byr utk merasai nikmatnya beraya di kg. saya sanggup! Hehe..

Bile dah hbis cuti beraya di kg..balik lah KL smula memulakan kehidupan seperti biasa dan bwt persiapan beraya di bandar pula! Tp biasanya raya org KL ni time hujung minggu jew..ye lah, tu je kan masa yg ada..time tulah sana sini sebok bwt marathon raya. Keluarga sy pon sama, round habis umah pak cik mak cik, sepupu sepapat, sedare mara yg ada kat KL ni..hehe..Alhamdulillah, bagus utk merapatkan lagi silaturrahim J

Rasanye ni jelah cerita ttg raya saya…Selamat Hari Raya sy ucapkan khas kpd pembaca post sy ini dan terlebih-lebih lg bg pembaca blog saya J Wassalaam..


No comments:

Post a Comment