Thursday 3 October 2013

Ujian Personality Diri

Tadi bosan2 jwb kuiz personality diri kt FB, so..ni lah jwpn yg saya dpt ttg diri saya...ehm,,rase mcm byk gak yg sama n ada gak lah yg tak..hehe
Anda Pencari (Seeker)

Anda seorang yang baik hati dan sopan dan memberi sokongan padu kepada rakan-rakan anda. Anda mempunyai aura kemesraan yang memberi inspirasi kepada orang lain.
Anda juga cenderung untuk menjadi agak romantik. Malah, kadang kala tiada apa yang anda ingin lakukan selain melarikan diri ke dunia impian anda sendiri. Anda penuh dengan kreativiti dan suka mendapatkan ilham daripada pengalaman baru yang menarik.
Buat masa ini, anda berasa begitu gembira. Kadang kala segala perkara dalam kehidupan akan menjadi jelas dan dapat difahami. Tetapi, dengan sikap dan mentaliti positif anda, tidak hairanlah segala perkara berjalan dengan lancar bagi anda.
Apabila kehidupan tidak berjalan dengan begitu baik, adalah penting untuk anda beringat untuk memanfaatkan kekuatan dalaman anda dan yakin dengan diri anda. Sebagai Pencari (Seeker), anda sukakan pengembaraan yang akan mengubah sesuatu dengan ketara dan mencabar status quo anda. Belajar untuk mengesan detik-detik tersebut apabila anda memerlukan sedikit kelainan dalam hidup anda, dan memikirkan cara untuk mengintegrasikannya dalam rutin harian anda. Kekalkan inspirasi anda dengan gabungan pelbagai aktiviti, dan luangkan masa untuk hobi-hobi yang membolehkan anda menerokai sisi kreatif anda.
Anda memahami pentingnya pemikiran yang tenang mengenai harapan mendalam dan keinginan anda. Keyakinan anda merupakan anugerah indah yang memberikan anda kekuatan dan sokongan dalam segala yang anda lakukan. Pastikan anda mempunyai keyakinan untuk meluangkan masa bagi diri anda - walau sesibuk mana pun jadual anda.
Bagi anda, memulihkan keseimbangan bermakna memberi diri anda peluang untuk memproses segala-gala yang melintas dengan laju dalam minda anda. Memperuntukkan waktu yang tenang untuk renungan boleh menjadi sesuatu yang amat berfaedah.
Anda melihat kehidupan sebagai acara maraton dan bukannya acara pecut, dan cenderung untuk berfikir dari segi aspirasi jangka panjang. Anda seorang yang rajin, dan suka melihat hasil daripada segala usaha anda terbentang di hadapan anda. Anda seorang yang seimbang dan fokus, dan membiarkan motivasi anda mendorong anda untuk berjaya. Sekali-sekala, jangan lupa untuk memanfaatkan hidup anda - berbelanja untuk sesuatu yang boleh menggembirakan anda!

No comments:

Post a Comment