Thursday 3 October 2013

Kumerindui SeruanMu Ya Rabb...

لبّيك اللهم لبّيك، لبّيك لا شريك لك لبّيك. إن الحمد والنعمة، لك والملك لا شريك لك.




Allahu akbar!!! Satu lafaz yg pernah meniti di bibir ku 3 tahun yg lalu, tiba2 membuatkan diri ini terasa rindu…Rindu utk melafazkannya kembali, rindu utk bertapak di bumi suciMu.

Tatkala melihatkan Baitullah di kaca tv, kadang-kala hampir membuatkan air mata ini menitis. Owh, musim haji dtg lagi. Di kaca tv byk disiarkan rancangan2 yg berkaitan dgn persediaan menunaikannya. Diri ini jga tdk terlepas, turut sibuk mengambil peluang mendengarkannya seakan2 akan berangkat ke sana jua..huhu..bukan apa, seronok bila dpt refresh balik kenangan2 disana, teringat balik perkara2 rukun dan wajib dilakukan. Tp tentu sekali, tata tertib menunaikan haji tidak sama dgn umrah..Terdapat byk lg perkara yg perlu di ambil perhatian ktk menunaikan haji. Sebab itu, sy suka utk ambil peluang belajar perkara2 tersebut bila ada disiarkan di tv. Takdelah bile dah nak pergi baru sibuk nk belajar semua bende. Betul tak? At least we make it familiar with us first before we practice it. Mana lah tahu, ada rezeki dpt pegi haji awal..hehe wishing!

Teringat kembali apabila sy yg mendapat seruannya secara tiba2..pd ketika umur sy 18 tahun mendapat jemputan utk menjadi tetamuNya. SUBHANALLAH, betapa bertuahnya diri ini, takala ibu bapa sy sendiri masih belum menjejakkan kaki disana, siapa sangka sy mendahului mereka? Dgn tiba2! Allahu, terima kasih ats nikmat ini. Sy pergi tanpa sebarang perancangan. Jika tdk silap sy, persiapan sy sebelum berangkat kesana mungkin dlm masa 2 bulan shj lagi. Terus ambil kursus, bwt visa dan beli bbrp kelengkapan yg patut.
Teringat sy pd kata2 ustz pengiring umrah kami. “Kamu semua yg dpt pergi ke sana bukan kerana kamu berduit, bkn kerana kamu sihat, bkn kerana kamu muda! Kamu dpt pergi ke sana kerana kamu dpt jemputan drNya..cuba tgk berapa ramai yg berduit tp duitnya itu tdk membawa mereka ke sana, bkn jua krn sihat dan muda kerana cuba lihat berapa ramai yg pergi itu golongan tua yg tdk bermaya..ya, kamu pergi kerana mendapat jemputan menjadi tetamuNya”. ALHAMDULILLAH, syukran ya Allah..rasa diri ini terlalu bertuah.

Mudh2an mendpt panggilan haji di usia yg muda jua..kalau ikut gilirannya, 47 tahun lg..masa tu umur sy dah 70 tahun..Ma sha Allah, tuanye dah.huhu..mintak2 lah dpt diawalkan. Haji, bukan perkara mudah..dugaan dan cbrnnya lebih besar. Lebih cantik jika dpt ditunaikan ktk usia masih muda bertenaga. Namun, ini semua bergantung pd rezeki masing2..apa yg penting di saat kita mendapat panggilanNya kita sudah benar2 bersedia fizikal dan mental. Mudah2an dipermudahkan segala urusan di sana. Ape2 pon, andai kita diuji di sana, hadapilah ia dengan redha dan tenang. Usah berburuk sangka dgn Allah, Dia ada sebabnya..mungkin Allah sengaja mahu menguji kita utk meningkatkan darjat keimanan kita sbb al-Quran ada menyatakan, kah kamu menyangka kamu beriman kepadaNya sblm kamu diuji?” Sakit itu jua kan penghapus dosa. Jd, terimalah apa sahaja ujian drNya dgn hati yg Redha dan terbuka. 

No comments:

Post a Comment