Friday 29 March 2013

Apabila bakal ustazah turun gelanggang ^^



Hukamak ada berpesan: العقل السليم في الجسم السليم. Maksudnya akal yg cerdas ada pd bdn yg cergas. Alhamdulillah, diberi peluang oleh yg Maha Esa utk bersukan. Seronok rasanya bile dapat berpeluh kerana sukan..lama sngt dah tk keluar keringat kerana bersukan ni..huhu..

Sempena MASUM yg bakal berlangsung, iaitu pertlawanan sukan antara universiti2 seluruh Malaysia, sperti biasa phk Universiti akan mencungkil bakat2 terpendam penuntut2 nye..Jd, sempena itu USC/ University Sport Carnival pon diadakan. Seperti biasa stiap tahun diri ini akan take part jga, Cuma tahun ni ada sedikit kelainan. Jika pd thun2 sebelumnya memasuki pertandingan chest, tp kali ni aku memasuki pertandingan badminton! Seronok sgt bile dpt thu tahun ni ada pertandingan badminton. Sebenarnya dr dlu lg ternanti, tp pihak university sudah ada calon dan pelapis..jdnye, tiada pertandingan bg badminton walaupon sukan yg lain ada spt netball, handball, hoki, tenis n mcm2 lg lah. Oleh sebab itu lah sebelum2 aku ambil chest walaupun sebenarnya tk pandai sgt pon nak main. Alhamdulillah, dapat juga lah lepaskan hajat sebelum grad..thun ni dpt pula peluang utk mewakili mahallah (kalu U lain kata wakil kolej lah..) kami wakil mahallah kesemuanya tujuh org. Kami berlatih bersungguh2 sekerap yg mungkin. Menang bukanlah sesuatu yg kami amat tekankan krn ramai lagi yg hebat2 tp apa yg penting adlh cuba bwt yg terbaik, jika menang itu maknanya rezeki Allah nak bagi..

Bila dilihat2 ramai juga rakan2 satu pengajian dengan ku (Pengajian Bahasa Arab) yg mengambil bahagian dlm sukan lain. Alhamdulillah, petanda yg baik!!! Seorang yg digelar bakal ustazah juga aktif dalam bersukan. Itukan bagus, kita tak mahu ustazah yg hanya pasif..kita mahukan ustazah juga org yg cergas, sihat jasad dan jasmaninya selain dr rohaninye..Islam pasti berbangga dengan penganutnya yg cergas dan cerdas. Asalkan kita tahu menjaga batas2nye... Apabila diperhatikan tiada seorang pon dl klgn atlet2 ni mrk yg kebiasaanya aktif dengan aktiviti2 dakwah di universiti. Mengapa ya? Adakah mereka beranggapan…ah, ini semua duniawi! Jika begitu tanggapanmu, sungguh aku bersedih dgnmu…

Wahai sahabatku, ssgghnya Islam itu merupakan cara hidup (Islam Is the way of life)  berbuatlah apa sekalipun ttp nilai2 Islam itu janganlah ditinggalkan, tgglkan apa yg Allah larang bwt apa yg disaran itu sudah cukup..jaga solat, aurat, akhlak hubungkan tali persaudaraan, itukan indah! Masuk bercampur dengan pelbagai masyarakat, disitu medan dakwah kita..Umara Abdul Aziz ada berkata mafhumnya “kita boleh berdakwah dengan hanya berdiam..apakah itu? Iaitu dengan akhlak dan adab”. Jangan hanya ingin duduk di dalam kelompokmu sahaja..masyarakat perlukanmu..andai diharapkan mereka untuk datang kpd para alim dan ulamak, sudah tentu amat payah. Maka kitalah yg harus berusaha sedikit untuk pergi kepadanya...InsyaAllah, mgkn ada sedikit kebaikan kita yg bleh diambil oleh mereka dan mungkin jua kebaikan mereka yg dpt kita pelajari apabila kita bergaul dgn mereka. Jadilah contoh yg terbaik..ingat, sedikt kebaikan yg kita lakukan jika diikut oleh org lain, kita juga mendapat ganjaran yg sama diatas kebaikan yg dikerjakannya dan begitu jualah jika kejahatan yg kita ajarkan, kita juga akan mendapat bahananya...wallahu a’lam..kiranya sudah terlalu pnjg coretan kali ini..shgga bertemu lagi pd coretan yg akan dtg J   

Alhamdulillah, Allah beri kami BRONZE/ GANGSA

No comments:

Post a Comment