Tuesday 26 March 2013

Dari hati yg dalam...


Dengan lafaz Bismillah, aku mulakan cerita hatiku bwt kali ini..moga apa yang aku tulis ini merupakan sesuatu yang benar dan ikhlas dari dalam hati..dengarkanlah bisikan hati nuraniku ini..

Oh, wanita..bukan mudah untuk menjadi dirimu... Engkau menjadi fitnah terbesar bagi lelaki. Sabda Nabi “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya buat seorang lelaki melainkan wanita”. Setiap langkah, lenggok gayamu, tutur katamu, lirikan matamu semuanya mampu menggoyahkan iman insan yang bergelar lelaki.  Teringat aku pada kata2 hukamak “sesungguhnya dunia itu merupakan perhiasan dan seindah2 perhiasan adalah wanita solehah”. Engkau punya keindahan yang Allah ciptakan secara semulajadi, tapi ingat! keindahan itu hanyalah bagi yang berhak menikmatinya iaitu insan yang bergelar suami..ya, hanya untuk suami! sedari sekolah lagi aku pegang kata2 azimat itu..dan aku pasakkan sedalam-dalamnya dalam fikiranku ini agar aku tidak mudah terpedaya..aku bermujahadah melawan godaan nafsu dan hasutan syaitan demi memelihara kesuciaan hati buat bakal suamiku nanti..oh, bwt bakal suamiku…aku harap kau jua begitu..bermujahadah demi untukku..kerana apa? Kerana ia adalah perintah Allah! Perintah tuhan kita..

Allah ada berfirman, mafhumnya “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yg baik adalah untuk wanita yg baik”. Amat susah untukku menemui solehmu andai solehahku tidak setandingmu..tidak kupinta engkau mestilah seorang hafiz atau seorang imam kerana siapalah aku disisiNya untuk mengharapkan seseorang yang punya darjat setinggi itu..bagiku cukuplah engkau seorang yang menjaga solatnya, yang dapat menjaga solatku dan anak-anak kita kelak, yang baik akhlaknya dan tutur katanya, yang dapat menjadi contoh yang terbaik buatku dan anak-anak, lakukan apa yang Allah perintahkan dan meninggalkan apa yang dilarangNya..yang dapat membimbing keluarga kita pada jalan yang diredhaiNya. Itu sudah cukup membuatkanku rasa bahagia..insyaAllah.


Wahai bakal zaujku, aku setia mananti kehadiranmu untuk menjadi teman hidupku..aku yakin pada Allah, andai tiba masa dan ketikanya kau akan hadir jua dalam hidupku.  Oh, bakal zaujku..aku hanya seorang wanita..tidak aku ketahui bagaimana caranya untuk menilai seorang lelaki..kita insan yang berbeza. Ku serahkan pada orang tuaku untuk menilai dirimu..dengan harapan, andainya dikau merupakan jodohku, akan terbukalah hati mereka untuk menerima kehadiranmu sebagai menantu..tidak sanggup untukku membelakangi orang tuaku, kerana dengan Redha merekalah aku hidup dan berjaya hingga ke saat ini..agama mengajarku “Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa”. Doaku sentiasa mengirimu dalam misi mencari diriku agar penyatuan hati kita dipermudahkanNya…Kata2 yang selalu ku pegang “Alangkah indah jika segala-galanya kerana Allah” kata2 ini amat ringkas tapi maksudnya amat mendalam dan meluas. Jadi, jika segala kebergantungan telah diserahkan padanya..apa perlunya lagi rasa bimbang? Wah, amat mudah untuk mengucapkan tapi mempraktikkannya sudah tentu tidak semudah itu..moga2 daku diberi kekuatan dalam menerima qada’ dan qadar dariNya. Yakinlah bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita..kadang kala Dia tidak memberi apa yang kita inginkan tetapi Dia mengurniakan siapa yang sesuai buat kita..

Akhir kata, sampai disini sahaja coretan hatiku buat masa ini…bersabarlah duhai hati..moga kau dipertemukan dengan jodoh yang terbaik..Amin~

No comments:

Post a Comment