Sunday 17 February 2013


LIQA’ TERAKHIR LAJNAH EKONOMI 2012/2013 ;(

Sedih terasa..petang semalam baru shj selesai mengadakan jamuan perpisahan Biro Ekonomi ALA (Arabic Language Association) di Taman Tasik Titiwangsa. Alhamdulillah, semuanye berjalan dgn lancar..keadaan cuaca yg baik dengan angin bertiup sepoi2 bahasa seakan2 jamuan ini mendapat rahmat dan restuNya. Syukur sekali lagi…^^ Jamuan yg diadakan amat ringkas tp yg penting ia amat bermakna bagi kami semua. Jamuan ini hanya melibatkan 12 org drpd 13 org ahli biro keseluruhannye..sygnye seorang tdk dpt menghadirkan diri kerana punye program lain yg tdk dapat tidak untuk disertainye..

Sedikit penerangan ttg biro ini..ia merupakan sebuah biro dbawah persatuan B.Arab UIAM. Aku telah ditaklifkan untuk memegang amanah sebagai timbalan ketua EXCO bg biro terbabit selama setahun. Terfikir balik bagaimana aku boleh memegang jawatan ini, sungguh ia memang tidak dijangka. Namun Allah itu maha mengetahui, hanya Dia mengetahui segala rahsia. Pada awalnya mendapat lamaran interview untuk post bahagian dakwah namun tiba hari perlantikan aku diletakkan dibawah biro ekonomi..dihati ada timbul rasa bimbang namun kukuatkan semangat kerana diri ini yakin bahawa apa yg diberikan olehNya itulah yg terbaik bwt diri..tak apelah, belajar perkara baru itukan seronok!! Walaupun pd awalnya ia pasti tidak mudah namun dihujungnye ia manis tidak terkata.

Sepanjang memegang lajnah ini, banyak perkara yg dapat kupelajari..belajar mengurangkan sifat malu, (pernah menjaja dr bilik ke bilik,huhu..) selain tu bljr gak cara memimpin anak buah, bukan senang nk mintak orang sama2 rajin berniaga demi mengumpul tabungan persatuan sedangkan mereka semua juga bukan dari jenis orang yg kaki berniaga..semuanye malu2..tp Alhamdulillah setelah 3 ke 4 kali berniaga, skill mereka mnjlnkn urus niaga bertambah baik..kami2 sama2 belajar perkara baru dn cuba memperbaiki diri dsamping belajar diantara satu sama lain..Alhamdulillah….berkat usaha kuat dari semua dan dengan izinNya, dana kami yg terkumpul hasil dari berniaga mencecah ribuan ringgit..dapatlah kami menggunakannya untuk program anjuran biro kami dan selebihnye dapatlah kami sumbangkan bagi persatuan untuk kegunaan program tenure yg akan datang pula. Alhamdulillah, ini semua berkat usaha bersama dan rezeki dariNya..sbgi ketua aku hnya berusaha melakukan yg terbaik dalam melaksanakan amanah yg dipertanggungjwbkan dlm menggerakkan biro ini..pepatah arab ada berbunyi من جدّ وجد ومن زرع حصد، maksudnye sesiapa yg menanam dia akan menuai dan sesiapa yg berusaha dia akan memperoleh hasilnye..benarlah kata2 ini..

Ape2 pon seronok dengan penglaman pahit manis yg terkumpul ni…ianya merupakan satu proses membentuk kematangan diri. Moga2 daku memperoleh manfaat darinye…sungguh pengakhirannye MANIS tidak terkata………….. ^_^ Alhamdulillah…




No comments:

Post a Comment