Wednesday, 11 September 2013

Berlari dan teruskan BERLARI !!!

Assalamualaikum..apa khabar sume? Hope all of you are happy with your life ^^ Saya? Alhamdulillah, HAPPY! Happy sbb dah ada kt UIA..get ready struggling for my final sem insyaAllah. Doakan ye..


Sy kena terus berlari, tk moh pandang2 belakang...skrg masa utk pecutan terakhir. This is only the last chance to make things better. Betul tak? so, tok leh persiakan. Ingat tu! haha..ckp utk diri sendiri. Sikit jew lg, habis je sem ni baru lah pikir ttg hal2 lain k ^^ huhu..oh Allah, please give me patient.

Utk s.sem yg lepas, alhamdulillah, syukur ats kurnianNya. Mgkin jua berkat ramadhan yg lalu, doa sy, mak abah, atuk nenek dan family yg lain termasuk guru2 dimakbulkanNya. Harapnye dpt buat yg terbaik n dapat hasil yg lebih baik lg utk sem ni pula..dgn 16 credit hour..wishing :) Dalam pd tu, masa yg berbaki ni lah kta perlu hargai dn nikmati masa yg ada bersama rakan2 tersayang..Alhamdulillah, Allah gives me very good friends to, be friend with.

Tapi kan..bile dah last sem ni plak, rasa macam byk bende lg nak blajar n byk bende lg nk bwt tp sygnye dah final sem! hoho..So, di kesempatan yg ada sikit ni baru lah sy sibuk nk amek kelas mandarin n barulah sibuk nk apply jd tutor kat SLEU. Sbnrnye, dah lama dah nk join bende ni.. tp takde kawan satu hal n lg satu takde mase..huhu..almaklumlah, kebiasaanya sy amek 18.5 kredit hour setiap sem. So, rase mcm dah berat, ditambah pula dgn sy yg agk aktif gak dgn progrm university. Jdnye, hasrat tu terpendam begitu saja..but, at last Allah izinkan gak sy utk sem ni.

Alhamdulillah, utk kelas mandarin dah jumpa kawan yg turut minat n kitorang dah dftr dah. Utk tutor SLEU plak, Alhamdulillah, semalam dah gi interview. Tak tahulah dpt ke tak..ada rezeki dpt lah kan..hehe..knapa sy nk bljr b.cina? Entahlah, mmg sy ni minat nk bljr bahasa kowt..n one more thing, sy mmg seorang yg suka utk mencuba sesuatu yg baru..hihi..ttg jd tutor tu plak, saje nk tmbah pengalaman..bsok2 sape tahu, jd pendidik senanglah kalu dah biasa ngajar kan?

However, know what? ada some wishes sy yg msih tak tercapai spnjg bljr di UIA ni..nak tahu apa? Sy ingtkan sy dpt bljr bende ni kt UIA tp cam tak je..huhu :( sy nk bljr khat dan tarannum sebenarnya memandangkan bakat tu mmg dah ada cume perlu di gilap je...haha..perasan! Bkn pe, sbb kt sekolah dulu ada lah msuk2 pertandingan ni..hehe..tp sygnye dah lama tinggal.. bkn peluang tu takde kt UIA, tp sy yg tak berpeluang nk dptkan ilmu tu..takpe lah, mgkin sy akan dpt bljr bende ni kat  tmpt lain plak ke kan? huhu..InsyaAllah. Btw, UIA is the BEST place for me. Sesuailah dgn 'tag line'nye ~Taman Ilmu dan Budi~

ok lah, wish me Best of Luck k ^^ Syukran, sudi membaca cerita saya..hehe..

Saturday, 24 August 2013

Cerita Raya ku ^^

Salam lebaran bwt semua..haha.Sudah hari raya yg ke berapa belas entah masih mahu menyentuh bab raya lagi? Agak2 masih valid lg x? huhu..semua ini gara2 ingin mengisi masa lapang..terasa bosan, tiba2 terdetik pula nak share cerita ttg raya saya..

Raya!!! Sudah tentu ramai yg gembira dgn kehadirannya bukan? Haa…bgitu jualah dgn saya..hehe..Alhamdulillah, kami masih mengamalkan tradisi pulang ke kg berhari raya..bukan keluarga sy je taw! Keluarga mak cik pak cik pon sama..SERONOK!! Kalu time kecik2 dulu lg lah seronok! Dpt jumpa sepupu2 main bunga api sama2..kdg2 tu kalu bunga api dh hbis, kitorang gantikan plak ngan surat khabar. Habis surat khabar atuk kitorang bakar! Haha..seronoook sgt bile ingt2 balik. Tp sekarang sume dah besar. Tkde dah cam kecik2 dulu…adapon skrg just tanya2 khbr sikit gitu je lah..huh. Tp takpe, yg plg penting atuk dan nenek masih ada dan sebab itulah kami semua pasti balik jua ke kg setiap kali raya..Alhamdulillah…Moga2 Allah memanjangkan umur kedua-dua nenek dan datuk ku.Ameen..SAYANG Sangat2 pd mereka.

Something I want to share here, yg mana sy rasa sambutan raya bg keluarga sy ni ada sedikit keunikan berbanding anda..haha..wishing. Nak tahu apa? Haa..yg paling jelas mestilah dr juadahnya. Kami tiada ketupat, rendang dan lemang taw time raya!! Pelik x pelik? Habis tu kitorang makan apa kan?  Kitorang makan juadah yg dinamakan “burasak”. Burasak ni adalah makanan special masyarakat “Bugis” time raya taw. Sebelum tu..sy ni Bugis ke? Yup, sy bugis. Bugis Johor. Apa tu Bugis? Lain post lah plak sy terangkan. Skrg ni tumpuan pd raya saya. Berbalik pd burasak td, kalu tkde burasak tu rasa mcm tak raya lah! Kira kitorangnye main dish lah. Kitorang sumenye suka makan burasak ni. Nak siapkannya masyaAllah, nk kena rebus sampai 8 jam! Can you imagine that..haha..mmg hbis lah dpur gas..kalu dulu2 time sy kecik, atuk pakai kayu api je..



Macam nilah rupa burasak. Asalnya nasi bersantan. Mgkin ada yg bygkan mcm nasi lemak kan? Tp seriously ia ada rasa yg tersendiri..lain ni lain. Kene rasa baru taw... Orang bukan bugis pon ada yg suka mkn burasak ni taw, ada tu yg siap pandai bwt lagi…Tabik lah!! Huhu..
Selain tu kitorang ada gak lemang tp versi  bugisnye lah..asal dr pulut. Namanye “tumbuk”. Sebab apa nama dia camtu, sebab time nk isi dlm daun pisang kita kena tumbuk2 kan dia supaya dia padat. Ada gak versi yg lain bentuk 3 segi di panggil “lepat loe”. Sama je 2 bende ni cuma bentuk je lain. So, sape yg x mkn burasak bleh amek pulut ni. Nk tahu, kitorang takde lah mkn kosong je burasak, tumbuk dan lepat loe ni. Ada lauknye.. dan lauk2 ni berbeza mengikut keluarga. Kalu keluarga sy, kitorang mkn dgn ayam msk merah, daging msk kicap, serunding yg dipanggil “bejabuk” dan juga ikan parang digoreng. Ada family lain, ikan parang tu dia bwt asam pedas. Terpulang pd kebiasaan keluarga masing2..hehe.. Kebiasaanya, sampai hari raya ke3 je ada burasak dan sapa yg dtg pd hari2 yg seterusnya makan kuih je lah. Itu pun kalu smpt smpai raya ke3, kdg2 smpai raya ke2 je dah hbis.

Dah citer psl main dishes raya org bugis, nk share plak psl kuih muih dan suasana bagaimana org bugis beraya.huhu..korg minat ke tak eh nak tahu? Haha..tkpe, sy nk share jgk! Hehe..Orang bugis ni kebiasaannya suka beri dn bwt yg terbaik. So, ats sebabtu jugak lah biasanya kt umah org bugis byk kuih raya..dari hujung meja sini sampai ke hujung meja belah sana.hehe..penuh! Dan walaupun byk, tp kuih2 ni hbis taw sehabisnye raya. Tak membazir..mereka2 ni suka mkn kuih agknya. Hehe..

Cerita plak ttg suasana raya di kg saya..memandangkan kampong sy terletak di Johor, jdnye kami ada marhaban. Marhaban tu adalah kumpulan masjid beserta penduduk kg beramai2 dtg bertandang kesetiap rumah utk beraya. Yg paling special mereka akn start dgn selawat puji-pujian ke atas nabi sebelum menyantap makanan yg disediakan oleh tuan rumah. This is the speciality of celebrating Hari Raya di kg! Tak tahu lah negeri lain ada ke tak…huhu..

Nak tahu…biasanya bile nak dtg je raya sy dah kene bersiap sedia fizikal dan mental. Nak tahu kenapa? Sebab time raya lah byk keje nk kena handle. Almaklumlah, nenek dan datuk saya kan orang tua. Jadinye ramailah anak2 sedare mereka ni yg dtg menziarahi mereka..ada tu yg sampai pangkat cicit dah..Alhamdulillah, tetamu kan datang membawa barakah..huhu..ayat pujuk hati..hehe..sbb kdg2 rasa tk larat dah nk layan. Tetapi takpe jika itu harga yg perlu sy byr utk merasai nikmatnya beraya di kg. saya sanggup! Hehe..

Bile dah hbis cuti beraya di kg..balik lah KL smula memulakan kehidupan seperti biasa dan bwt persiapan beraya di bandar pula! Tp biasanya raya org KL ni time hujung minggu jew..ye lah, tu je kan masa yg ada..time tulah sana sini sebok bwt marathon raya. Keluarga sy pon sama, round habis umah pak cik mak cik, sepupu sepapat, sedare mara yg ada kat KL ni..hehe..Alhamdulillah, bagus utk merapatkan lagi silaturrahim J

Rasanye ni jelah cerita ttg raya saya…Selamat Hari Raya sy ucapkan khas kpd pembaca post sy ini dan terlebih-lebih lg bg pembaca blog saya J Wassalaam..


Monday, 19 August 2013

Ramadhan di UIAM tercinta :)

Assalamualaikum. Apa khabar sume? Wah, agak lama rasanya blog sy ini sunyi dr sebarang cerita terbaru dr saya.huhu..maaflah J  Almaklumlah mengambil short semester memaksa sy utk melupakan hasrat utk menulis. Tp sekarang sy sudah kembali! Alhamdulillah, telah selesai menghadapi segala ujian short semester dgn berakhirnya last paper 2 hari yg lepas. Terasa seperti terlalu byk cerita yg ingin dikongsikan..haha

Bercerita sedikit pengalaman mengambil short sem utk ramadhan kali ini..alhamdulillah, terasa indah.

Ramadhan kali ini terasa lebih focus dgn aktiviti2 ibadah dan ilmu shj! Alhamdulillah..berpeluang menyertai bacaan al-Quran secara bertadarus setiap hari. Apa itu TADARUS? Dari sudut bahasa ia bererti  ‘saling belajar’ berasal dr root word ‘da ra sa’ yg bermaksud belajar. Bagaimana pula ia boleh dikaitkan dgn mkna tersebut?  Melalui kaedah tadarus, setiap ahli kumpulan akan bergilir-gilir memperdengarkan bacaannya sambil ahli yg lain mendengar, menyemak dan memperbetulkan cara bacaannya. Biasanya amalan ini menjadi famous pd bulan ramadhan di sekolah2, surau dan masjid, bersempena mengambil ‘ibrah dr kisah nabi kita Muhammad SAW memperdengarkan bacaannya dihadapan Malaikat Jibril ‘alaihissalam setiap hari ketika di bulan Ramadhan.


Antara kebaikan yg sy dapati dr method ini ialah, ia dpt membantu yg lemah utk lebih memahami cara bacaan yg betul dan jga melatih mereka utk membaca dgn lbih lancar. Dan bg yg sudah sedia pandai membaca al-quan pula, ia dpt menyedarkan mereka ttg bagaimana cara bacaan yg lebih tepat. Hal ini kerana, dlm sesuatu kumpulan kita akan berjumpa dgn org yg lebih baik bacaannya dr kita. Jika selama ini kita rasa bacaan kita telah baik, tp dgn method ini sebenarnya baru kita dpt menyedari beberapa kesalahan dan kelemahan kita dr sudut bacaan dan tajwid contohnya. Dari sinilah kita dikatakan saling belajar antara satu dengan yg lain. Tp sayang, nampaknya aktiviti ini kurang mendapat sambutan ahli residents. Kumpulan kami sendiri hanya terdiri dr 3 org shj, tetapi tetap berasa amat bersyukur kerana menjadi antara hambaNya yg terpilih. Amat rugi rasanya bg mereka yg melepaskan peluang ini kerana bukan mudah utk kita dpt menyemak cara bacaan kita dr mereka2 yg mahir di bulan2 yg lain. Tp tdk mengapa, bagi yg tlh terlepas peluang utk tahun ini, berazamlah utk tahun yg akan datang pula.

Antara aktiviti2 lain pula adalah seperti solat Tarawih. Alhamdulillah, Mahallah Aminah memang tdk pernah miss mewujudkan solat tarawih berjemaah di Mahallah. Ia amat memudahkan residents mahallah ni utk turut mendapat pahala solat tarawih berjamaah tanpa perlu ke masjid yg terletak jauh di centre. Imam2 nye pula di ambil dr para hafiz yg hebat2 bacaannya iaitu dr kalangan stdn UIAM sendiri. Dan antara kenangan yg paling indah jua adalah nikmat bersahur dan berbuka bersama kawan2 sebilik. Alhamdulillah, kami tidak miss dr bersahur dan berbuka bersama. Nikmatnya rasa berkongsi2 makanan. Kadang-kala sementara menunggu waktu berbuka, waktu kami terisi dgn sedikit tazkirah ataupun perbincangan mengenai beberapa kemusykilan agama. It’s nice right! 

Selain dr itu, kami sebilik sempat jua mengambil kesempatan utk merasa nikmat berbuka dan bertarawih di masjid. SubhanAllah, ramai jg pelajar yg terlibat di sana almaklumlah dpt makan free..hehe..bg yg tk tahu, mmg telah menjadi lumrah berbuka puasa di UIA ni dpt makanan free. Kalau di bulan lain, puasa sunat isnin khamis pon sama. Untungkan jd pelajar UIA? Hehe..Lepas tu, ttg solat tarawih di UIA ni pula..dilakukan 20 rakaat. Setiap hari imam menghabiskan 1 juzuk al-Quran. Biasanya imam berbangsa arab. Terasa bagaikan di Mekah. Tp ada sedikit yg membuatkan kami terasa sedikit kekurangan ialah tiadanya bacaan2 selawat yg biasanya dibaca setiap seusai 2 rakaat tarawih. Mgkin ini bukan budaya di tanah arab. Ramai juga di dapati para jemaah terdiri jga dr kalangan orang luar dr UIA. Ada yg sggup dtg dr jauh semata2 utk bertarawih di sini dgn sebab mereka ingin merasai suasana seperti di Mekah. SubhanAllah, kagum betul sy dgn mereka ini. Berkemungkinan ramainya foreigner di sini membwtkn mereka merasai suasana itu. 

Untuk 10 malam terakhir pula, kebiasannya aktiviti ibadah di masjid semakin rancak. Akan ada program I’tiqaf dan qiyamullail. Tp sayangnye..part yg ini sy tak berkesempatan utk menyertai. Pd waktu itu, mggu terdapat pelbagai tugasan sy sbg pelajar utk dibereskan! Assigment, report, preparation for presentation and also final exam. Huh, so hectic! Jd, cukuplah utk sy bwt di bilik sahaja…

Sekian, itulah serba sedikit pengalaman terakhir sy menyambut ramadhan sbg undergraduate student di UIAM yg tercinta ini…Sy pasti akan merindui corak2 indah kenangan ini…

Ramadhan,
datangmu membawa rahmah
Umat islam bagaikan berpesta ibadah
Mengisi waktu dengan aktiviti yg bermanfa’ah
Dek mengaharapkan redhaMu beserta maghfirah

Ramadhan,
Pemergiannmu ditangisi
Dapatkah kita bertemu lagi?
Moga segala puasa, amal ibadah diterima dan diberkati
Menjadi bekalan perjuangan bulan-bulan yg berbaki
Harapanku agar dpt kita bertemu lagi!!! InsyaAllah…Ameen Ya Rab

~TaqabbalAllahu minna wa minkum solehal a’maal~


Monday, 24 June 2013

Segalanya Baru ^^

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang.

Alhamdulillah, baru sahaja selesai mengemas barang2. Dengan ini menandakan semester baru telah pun bermula. Untuk semester ni segala2nya baru! Bilik baru, roommate baru. Moga semangat pon baru!!! Ya, kadang2 kita kena berhijrah merasai suasana baru utk dptkan semangat yg baru. Betul tak? Walaupun sbnrnya agak sedih kerana terpaksa berpisah dgn sahabat baik kerana beliau tdk ambil short sem utk kali ini, jd kami tidak lagi dpt sebilik setelah lbh kurang 5 tahun hidup sebilik sejak dr zaman CFS lg ktk di Nilai. Tapi takpelah…bleh kenal org baru dan mgkn jua bleh bljr perkara baru! Kan3x ;) Positive thinking..huuhu..



Bersesuaian dgn semester baru, azam pon mesti kena baru kan! Ya, sy mesti tekad utk buat yg terbaik dan dapatkan yg TERBAIK!!! Masa semakin suntuk, dah tak lama dah. Sudah waktu kecemasan, sy kena bwt pecutan terakhir. Tggl short sem ni n 1 long sem lg. Sy mesti bersungguh2. Kena FOCUS dan jga rajin. Saya kena jd rajin dan jga study SMART. Ingat tu! Hehe..pringtn utk diri sendiri. Ambil 9 kredit hour utk short sem kali ini sudah tentu menuntut usaha yg berlipat2 kali ganda. Moga sy diberi kekuatan dan kemudahan. Moga2 tdk ada yg mengganggu tumpuan saya bwt semester ini….sy perlu berlari dan terus berlari. Doakan saya ya…   

Memikirkan masa lalu, hanya akan menyesakkan
memikirkan masa akan datang, hnya akan merisaukan
berfikirlah tindakan yg perlu di ambil SEKARANG,
kerana disitu terdapat pintu kepada jalan…
iaitu jalan tercapainya hasrat dan impian!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…TAWAKKALTU ‘ALA ALLAH
Sesungguhnya tiadalah daya dan kekuatan melainkan dengan bersamaNYA…..Rabbi Yassir wala tu’assir Ya Kareem J




Erti Sahabat

Sahabat,
Dialah rakan, dialah teman.
Kehadirannya disenangi,
Pemergiannya dirasai.

Sahabat itu,
Susah dan senang selalu bersama,
Tatkala susah menjadi penyelamat,
Tatkala lalai menjadi pengingat,
Tatkala buntu menjadi penasihat.

Sahabat itu,
Sering menjadi cerminan,
Andai baik, baiklah pandangan manusia
Andai buruk, buruklah pandangan keatasnya

Bersahabat dengan si penjual minyak wangi, wangiannya yang akan tercalit
Bersahabat dengan si tukang besi, bahang apinya yang akan terpalit.

Sy percaya, setiap daripada kita pasti punya rakan, teman dan sahabat. Ada yg mentafsirkan makna sahabat lebih mendalam atau jika dikatakan dalam B.Inggeris mereka ini dianggap ‘true friend’. Ya, atas makna ini jualah yang saya ingin tekankan di sini.

Sahabat adalah rakan, tetapi tidak semua rakan adalah sahabat dan kebiasaanya bilangan sahabat adalah lebih kecil berbanding rakan. Apabila kita bersahabat, bersahabatlah kerana Allah bukan kerana semata-mata kerana kita sayang atau kasih akan si dia! Apabila persahabatan/ ukhuwwah dijalinkan hanya keranaNya InsyaAllah ikatannya akan lebih manis dan berpanjangan. Ikatan ukhuwwah kerana Allah menjauhkan kita dari perasaan kecewa dan mendekatkan kita pada pintu bahagia. Percaya atau tidak?

Percayalah! Dalilnya (buktinya)

Apabila segalanya kerana Allah…..
Kekurangan sahabat tidak dikeji, kelebihannya tidak diiri,
rela menerima apa adanya dia kerana kita tahu dia jua hambaNya seperti mana kita
punya kelebihan dan jua kelemahan.

Jika segalanya kerana Allah,
hati tidak akan kecewa andai kebaikan kita tidak mendapat balas darinya
kerana kta lakukannya bukan kerananya, tetapi kerana Allah yang Maha Esa.
Kita jua tidak akan membiarkan perselisihan faham berpanjangan
kerana sayang akan ukhuwwah yang telah terbina.

Bersahabatlah!
Kerana dengan bersahabat itu kamu belajar segala sesuatu,
belajar mengenali sifat diri melalui perbezaan antara kamu dengannya.
Kelebihannya dicontohi, kekurangannya disempadani.

Dalam apa jua perbuhungan, tidak kira persahabatan mahupun kekeluargaan,
cubalah utk berteraskan hanya keranaNya kerana kamu akan lebih dekat pada pintu BAHAGIA..InsyaAllah.


Pesanan adalah untuk kita bersama lebih2 lagi bg diri ini yang berbicara..InsyaAllah, sama2 kita usaha!!

Persiapkan dirimu!

Izinkan saya utk berbicara…nampaknya ilham utk menulis menjengah kembali..mgkin berita bbrp org rakan yg tlh bertemu dgn jodohnya membwtkan diri ini terpanggil utk menulis lg ditambah pula punya byk waktu dek kerana cuti semester..maka sempat sy hasilkan bbrp penulisan. Namun begitu, dek kerana berada di kg, (tiada connection internet) jadi hasrat sy utk posting artikel2 yg dibuat terpaksa ditangguhkan bwt seketika. Jd jgn pelik apabila suatu hr sy post byk artikel…huhu..

Terlebih dahulu, suka utk sy kongsikan serba sedikit kisah bagaimana sahabat2 sy tersebut bertemu dgn jodohnya.

Alhamdulillah, mereka telah menemui jodoh mereka. Insan yg selama ini dinanti2 dlm hidup akhirnya bertandang jua. Berita membina perhubungan ke arah yg lebih suci tentu sekali menggembirakan kami selaku rakan dan teman. Moga mereka semua beroleh keberkatan dgn mahligai yg sedang dibina.
Sempat sy menemui seorang sahabat sy yg baru shj diijabkabulkan di masjid UIAM 3 mggu yg lps sambil memberi ucapan tahniah ats perkahwinan mereka. Mengambil kesempatan utk melihat si pengantin lelaki, mashaAllah berserban orgnya (dlm hati tentu bkn calang2 orgnya). Alhamdulillah, sahabatku dikurniakan jodoh yg baik (jika dilihat dr mata kasar). Berkenalan dan bertemu dlm waktu yg singkat iaitu ktk shbt sy pergi menuntut ilmu di sebuah sekolah pondok di Kelantan semasa cuti sem, tanpa diduga ditakdirkan bertemu jodoh pula di sana. Sungguhkan jodohnya tidak disangka2?

Allah ada berfirman, mafhumnya: Dan sesiapa yg bertakwa kpd Allah dgn mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari perkara yg menyusahkannya, serta member rezeki dr jalan yg tidak terlintas dihatinya dan ingatlah sesiapa yg berserah diri bulat2 kpd Allah maka Allah cukupkan baginya (pertolongan dan keselamatan). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yg dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap2 sesuatu (al-Thalaq 65:2-3)

Selang bbrp hari selepas itu, sy menerima pula sebuah kad jemputan perkahwinan dr sahabat yg lain pula. Yg ini pula, setelah lama berkenalan, Alhamdulillah akhirnya hngga ke ikatan perkahwinan jua…InsyaAllah.  Alhamdulilllah, Allah mengizinkan perhubungan mereka. Memohon maaf awal2 krn tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan mereka (al maklumlah jauh nun di Kelantan ditambah pula mggu pertama syawal, sudah tentu tidak dapat utk sy ke sana). Alhamdulillah, dia faham. Memohon utk melihat gambar mereka bertunang kiranya ada, Alhamdulillah dia tidak keberatan utk berkongsi. Gambar tunangnya jua turut ada. Kali ini berkopiah pula ( dlm hati gembira, jodoh yg baik jua bwt si dia, walaupun hakikatnya iman dan akhlak tdk dpt diukur dgn skdr kopiah dikepala walaupun secara logiknya begitulah sepatutnya.

Tidak lama kami berbual2 setelah itu, timbul pula berita ttg pertunangan seorang lg sahabat saya. Berkenalan  dgn melalui perantara mereka tidak mengambil masa yg lama, setelah 6 bulan berkenalan trus mengambil keputusan utk mengikat tali pertunangan. Alhamdulillah, mereka serius. Perkara yg baik tidak baik dilambat-lambatkan, ditambah pula si lelaki sudah berkemampuan dan diyakini agamanya (merupakan seorg hafiz lepasan Darul Quran). InsyaAllah perkahwinan mereka bakal berlangsung lebih kurang 6 bulan dr sekarang iaitu sebaik sahaja sahabat saya menamatkan pengajiannya.
Moga urusan sahabat2 ini dalam membina keluarga dipermudahkan segalanya….

Apabila mengamati kisah2 mereka ini bertemu dengan pasangan hidup masing2, membuatkan diri ini berfikir…sungguh, jodoh itu boleh datang dgn pelbagai cara. Ada yg memang telah kenal lama dan ada pula yg datang tidak disangka2. Itu semua atas aturanNya. Apabila telah sampai detik dan ketikanya akan sampai jua waktunya.

Melihatkan kepada jodoh2 mereka. Alhamdulillah, kesemua mereka mendapat jodoh yg baik dan soleh, InsyaAllah (dr kaca mata sy secara amnya). Saya tumpang gembira utk mereka. Moga Allah melindungi mereka dr sebarang kejahatan dan keburukan yg tidak diketahui.

Apabila berbicara soal jodoh, sudah tentu semua orang mengidamkan pasangan yg soleh dan solehah. Jika wanita, mengidamkan suami yg soleh dan jika lelaki pula mendambakan isteri yg solehah. Ia fitrah, semua orang suka kepada kebaikn hatta fasik sekalipun mahukan pasangan yg baik. Jadi apakah langkah2 yg boleh kita ambil bagi merealisasikan impian kita tersebut? Menurut bacaan sy dr bbrp buah buku, antara langkah2 yg boleh di ambil, sudah tentu kita terlebih dahulu perlu memperbaiki diri. Janji Allah, wanita yg baik adlh utk lelaki yg baik dan lelaki yg baik adlh utk wanita yg baik. Akrabkan hubungan dengan Allah (jaga solat! Kerana dgn solat dpt menghalang perkara yg keji dan mungkar). Kemudian, jaga hubungan sesama manusia. Dan sebagai persiapan membina rumah tangga pula, perdalami ilmu ukhrawi dan perkaya ilmu duniawi.

Namun begitu, dalam sibuk2 memikirkan ingin mencari seseorang yg punya ciri2 soleh dan solehah brp ramai dr kita yg turut persiapkan diri menjadi pasangan bg si soleh dan si solehah ini tadi? Pernahkah anda terfikir? Perihal ini ramai yg kurang beri penekanan.

Sebagai contoh: Tatkala si isteri telah mendapat suami yg soleh yg mana taat pada perintah agama tiba2 jd kurang senang dgn kebaikan yg dilakukan suaminya. Jika dulunya si wanita ini meminta dlm doanya agar dikurniakan seorang suami yg soleh, taat perintah agama, menghormati org tua, pemurah dan berbagai2 lg lah. Jika dulu tatkala sebelum berumah tangga, sikap si lelaki dipuja..dia bagus, suka tolong orang, anak yg baik, pemurah n bla..bla..bla..tp apabila ikatan sudah terbina, kebaikannya dan ketaatannya pula menyesakkan dada..nauzubillah min zalik. Semoga kita semua terlindung dr sifat sebegini. Si isteri tadi jadi kurang senang pabila si suami selalu mengambil berat akan peihal org tuanya, si suami terlalu pemurah sehingga habis harta diinfakkannya, si suami terlalu sibuk dengan dakwahnya, si suami tidak gemar keluar berhibur sbgaimana suami2 lain yg terdapat diluar sana, tidak gemar makan diluar kerana bimbang akan terlibat dengan unsur shubhah (was2 dgn kehalalan dan kesucian sesuatu makanan). Disaat ini, andai iman lemah..mgkin sahaja si isteri ini tadi menyesali memperoleh suami yg soleh wal hal dia sepatutnya rasa beruntung kerana punya suami yg menjaga soal halal dan haram, yg bisa jadi contoh yg baik bwt dia dan anak2nya. Perihal ini sama saja apabila si lelaki pula mendapat si isteri yg solehah..

Oleh sebab itu, bg memperoleh pasangan yg soleh dan solehah kita disaran utk terlebih dahulu mempersiapkan diri kita kearah itu. Pelajari dan fahami ilmu agama dgn sebaiknya.  Sebab itu, Janji Allah, wanita yg baik adlh utk lelaki yg baik dan lelaki yg baik adlh utk wanita yg baik.Hal ini kerana, kebaikan seseorang itu dapat bertahan dan berkembang hanya apabila pasangannya memahami kefahaman mereka dan disinilah pentingnya nilai ‘sekufu’ dalam memilih pasangan sehidup semati.

Ingat, meminta yg terbaik itu perlu dan persiapan diri itu jua perlu! Terimalah jodohmu, kebaikannya dan kekurangannya. Moga diri ini jua turut dikurniakan jodoh yg baik seperti rakan2 ku. Baik pada pandanganku dan lebih2 lg pd pandanganNya. Ya Allah, kurniakanlah daku pasangan hidup yg sesuai denganku, yg baik bwt kehidupanku dunia & akhirat dan baik jua bwt agamaku…amin.
Org kata, pasangan kita adalah cerminan diri kita. Jadi, perbaikilah diri kita sebagaimana yg kita inginkan ada pd pasangan kita.

Astaghfirullah, panjang kata2 saya kali ini..Sesungguhnya semakin byk kata2 maka semakin byklah jua dosa. Mohon maaf andai ada tersilap kata dan tersalah bahasa. Tiada niat utk menuju pd sesiapa, ianya adalah nasihat umum sebagai pegangan utk kita bersama.


 والله أعلم. أقول قولي هذا وأستغفر الله وأتوب إليه. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Saturday, 8 June 2013

Kegusaran Hati....

Assalamualaikum...boleh x sy nk berbicara lagi...?^^

Alhamdulillah, tadi baru shj selesai menghadapi paper terakhir bagi sem ni which is my second sem for my third year...Ya Allah, sungguh pantas masa itu berlalu..pejam celik- pejam celik sudah di tahun akhir dah diri ini di UIA. terasa bagaikan baru semalam diri ini mendaftarkan diri di main campus. Gambaran suasanya masih terpancar jelas diingatan..Jika dicongak2 hnya berbaki 6 bulan shj lagi diri ini berada di UIAM tercinta..ah, rasa seakan2 tidak sanggup untuk menemui hari tersebut..bumi UIA sgt indah bagiku..aku sukakan biah yg ada disini..sudah tentu sukar utk dicari ganti. Disini, suasana persekitarannya islamic. Pagi2 salalu dgr nama2 Allah (asma' Allah al husna) dikumandangkan sambil aku mengikut skali mengalunkannya. Kuliyah2, program2 dan kelas2 agama banyak..terpulang pd kita shj utk mengambil kesempatan ataupun tidak.

Sebenarnya diri ini amat takut utk berhadapan dgn dunia luar yg sudah pastinya penuh dengan cabarannya. Daku tidak tahu bahawa diri ini sudah cukup kuat atau belum untuk semua itu...diluar sana, pelbagai jenis dan ragam manusia yg bakal ditemui. Tapi...diri ini rasa seakan masih belum sedia. Ilmu didada pula seakan masih terasa cetek utk dilimpahkan. Sedangkan ahli keluarga sudah sibuk bertanya apa perancanganku selepas ini..ehm..sbnrnya aku jua masih tidak punya jawapan untuk itu..sebenarnya diri sendiri tdk tahu mahu masuk dalam bidang kerja yang bagaimana? Kalau dulu masa zaman sekolah cita2 nk jd pensyarah, tapiiii.....Kalu nk jd lecturer kena sambung study lah...itu of course lah kan? tp...diri ni rasa mcm nk rehat sebentar dari menelaah buku2..huhu..terasa lamanya sudah belajar...haha, pd hal degree je baru pon. Setakat ni terfikir nak ngajar bdk2 matrik or diploma. Bleh try UIA, USIM, IIUC, UNICOP, etc. Ngajar student yg dah matang sikit ni tk penat sgt..org kata lah..huhu... Ada gak terfikir nak ngajar JQAF sek men..dgrnya gaji lg bsr brbanding ngajar studnt matrik n diploma. Then after that bile rasa nak further study, sambung lah. Then baru jd lecturer. Masa tu dah strong, dah ada pengalaman di tambah pula dgn kelulusan. hehe..boleh tak mcm tu? confiuse2...

Mak pula cdgkan utk utk aku cuba dulu masuk dalam kedua2 bidang (mengajar n ddk office). Cadangannya utk aku apply Tabung Haji, uruskan jemaah2 haji n umrah deal ngan or arab. OR apply mana2 pejabat agama. Ehm..gud suggestion..InsyaAllah bleh difikir2 kan. Org kata apply je sume. Dimana ada rezeki disitulah tempatku nanti..Ya Allah, tolong bantu permudahkan laluan buatku..Pandulah diri ini pd jalan yg terbaik buat kehidupanku dan jua buat agamaku di dunia dan akhirat. Aku tidak mahu meminta pd yg lain selain dariMu kerana keputusanMu adalah sentiasa yg terbaik buatku...Hanya pdMu Ya Allah, hanya padaMu kusandarkan harapan.....sekarang dah bleh start intai peluang2 kerja..Rabbi Yassir wa la tu'assir Ya Kareem..

* Tolong doakan agar kejayaan dan kebaikan sentiasa mengiringi hidup ini ^^ Sy dahulukan doa anda tersebut dengan jutaan Terima Kasih :)