Lakukanlah perkara yg dpt mengundang REDHANya,
dan jauhkanlah dr melakukan sesuatu yg boleh mengundang KEMURKAANNya..
Dalam apapun yg kita lakukan, cubalah utk pelihara keberkatan yg ada pdnya,
InsyaAllah andai betul niatnya, Allah pasti akn bantu permudahkan urusan kita..
Namun dalm mujahadah itu,
kekuatan dan kesabaran amat teruji,
moga diri ini diberi kekuatan dan kesabaran dlm menempuh sgla ujian drNya...
-Never lose hope with Allah, ssgnya Dia Maha Mendengar...
حسبنا الله نعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير
Cukuplah Allah sebaik2 wakil, sebaik2 pelindung dan penolong..
Sungguh, pdMu Ya Rabb diri ini menyerahkan segala 'urusan'
* Hati kecil berbisik...
mengapa perlu bimbang pd sesuatu yg telah ditetapkannya bwt kita?
Usaha yg terbaik, doa dan tawakal...
InsyaAllah, yg baik akan datang pd kita...
Monday, 8 April 2013
Friday, 29 March 2013
Apabila bakal ustazah turun gelanggang ^^
Hukamak ada berpesan: العقل
السليم في الجسم السليم.
Maksudnya akal yg cerdas ada pd bdn yg cergas. Alhamdulillah, diberi peluang
oleh yg Maha Esa utk bersukan. Seronok rasanya bile dapat berpeluh kerana
sukan..lama sngt dah tk keluar keringat kerana bersukan ni..huhu..
Sempena MASUM yg bakal berlangsung, iaitu pertlawanan sukan antara universiti2 seluruh Malaysia, sperti biasa phk Universiti akan mencungkil bakat2 terpendam penuntut2 nye..Jd, sempena itu USC/ University Sport Carnival pon diadakan. Seperti biasa stiap tahun diri ini akan take part jga, Cuma tahun ni ada sedikit kelainan. Jika pd thun2 sebelumnya memasuki pertandingan chest, tp kali ni aku memasuki pertandingan badminton! Seronok sgt bile dpt thu tahun ni ada pertandingan badminton. Sebenarnya dr dlu lg ternanti, tp pihak university sudah ada calon dan pelapis..jdnye, tiada pertandingan bg badminton walaupon sukan yg lain ada spt netball, handball, hoki, tenis n mcm2 lg lah. Oleh sebab itu lah sebelum2 aku ambil chest walaupun sebenarnya tk pandai sgt pon nak main. Alhamdulillah, dapat juga lah lepaskan hajat sebelum grad..thun ni dpt pula peluang utk mewakili mahallah (kalu U lain kata wakil kolej lah..) kami wakil mahallah kesemuanya tujuh org. Kami berlatih bersungguh2 sekerap yg mungkin. Menang bukanlah sesuatu yg kami amat tekankan krn ramai lagi yg hebat2 tp apa yg penting adlh cuba bwt yg terbaik, jika menang itu maknanya rezeki Allah nak bagi..
Sempena MASUM yg bakal berlangsung, iaitu pertlawanan sukan antara universiti2 seluruh Malaysia, sperti biasa phk Universiti akan mencungkil bakat2 terpendam penuntut2 nye..Jd, sempena itu USC/ University Sport Carnival pon diadakan. Seperti biasa stiap tahun diri ini akan take part jga, Cuma tahun ni ada sedikit kelainan. Jika pd thun2 sebelumnya memasuki pertandingan chest, tp kali ni aku memasuki pertandingan badminton! Seronok sgt bile dpt thu tahun ni ada pertandingan badminton. Sebenarnya dr dlu lg ternanti, tp pihak university sudah ada calon dan pelapis..jdnye, tiada pertandingan bg badminton walaupon sukan yg lain ada spt netball, handball, hoki, tenis n mcm2 lg lah. Oleh sebab itu lah sebelum2 aku ambil chest walaupun sebenarnya tk pandai sgt pon nak main. Alhamdulillah, dapat juga lah lepaskan hajat sebelum grad..thun ni dpt pula peluang utk mewakili mahallah (kalu U lain kata wakil kolej lah..) kami wakil mahallah kesemuanya tujuh org. Kami berlatih bersungguh2 sekerap yg mungkin. Menang bukanlah sesuatu yg kami amat tekankan krn ramai lagi yg hebat2 tp apa yg penting adlh cuba bwt yg terbaik, jika menang itu maknanya rezeki Allah nak bagi..
Bila dilihat2 ramai juga rakan2 satu pengajian dengan ku (Pengajian
Bahasa Arab) yg mengambil bahagian dlm sukan lain. Alhamdulillah, petanda yg
baik!!! Seorang yg digelar bakal ustazah juga aktif dalam bersukan. Itukan
bagus, kita tak mahu ustazah yg hanya pasif..kita mahukan ustazah juga org yg
cergas, sihat jasad dan jasmaninya selain dr rohaninye..Islam pasti berbangga
dengan penganutnya yg cergas dan cerdas. Asalkan kita tahu menjaga batas2nye...
Apabila diperhatikan tiada seorang pon dl klgn atlet2 ni mrk yg kebiasaanya
aktif dengan aktiviti2 dakwah di universiti. Mengapa ya? Adakah mereka
beranggapan…ah, ini semua duniawi! Jika begitu tanggapanmu, sungguh aku
bersedih dgnmu…
Wahai sahabatku, ssgghnya Islam itu merupakan cara hidup (Islam
Is the way of life) berbuatlah apa
sekalipun ttp nilai2 Islam itu janganlah ditinggalkan, tgglkan apa yg Allah
larang bwt apa yg disaran itu sudah cukup..jaga solat, aurat, akhlak hubungkan
tali persaudaraan, itukan indah! Masuk bercampur dengan pelbagai masyarakat,
disitu medan dakwah kita..Umara Abdul Aziz ada berkata mafhumnya “kita boleh
berdakwah dengan hanya berdiam..apakah itu? Iaitu dengan akhlak dan adab”.
Jangan hanya ingin duduk di dalam kelompokmu sahaja..masyarakat
perlukanmu..andai diharapkan mereka untuk datang kpd para alim dan ulamak,
sudah tentu amat payah. Maka kitalah yg harus berusaha sedikit untuk pergi
kepadanya...InsyaAllah, mgkn ada sedikit kebaikan kita yg bleh diambil oleh
mereka dan mungkin jua kebaikan mereka yg dpt kita pelajari apabila kita bergaul dgn mereka. Jadilah contoh yg terbaik..ingat,
sedikt kebaikan yg kita lakukan jika diikut oleh org lain, kita juga mendapat
ganjaran yg sama diatas kebaikan yg dikerjakannya dan begitu jualah jika
kejahatan yg kita ajarkan, kita juga akan mendapat bahananya...wallahu a’lam..kiranya
sudah terlalu pnjg coretan kali ini..shgga bertemu lagi pd coretan yg akan dtg J
![]() |
| Alhamdulillah, Allah beri kami BRONZE/ GANGSA |
Tuesday, 26 March 2013
Dari hati yg dalam...
Dengan lafaz
Bismillah, aku mulakan cerita hatiku bwt kali ini..moga apa yang aku tulis ini merupakan
sesuatu yang benar dan ikhlas dari dalam hati..dengarkanlah bisikan hati
nuraniku ini..
Oh,
wanita..bukan mudah untuk menjadi dirimu... Engkau menjadi fitnah terbesar bagi
lelaki. Sabda Nabi “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya
buat seorang lelaki melainkan wanita”. Setiap langkah, lenggok gayamu, tutur
katamu, lirikan matamu semuanya mampu menggoyahkan iman insan yang bergelar
lelaki. Teringat aku pada kata2 hukamak
“sesungguhnya dunia itu merupakan perhiasan dan seindah2 perhiasan adalah
wanita solehah”. Engkau punya keindahan yang Allah ciptakan secara semulajadi,
tapi ingat! keindahan itu hanyalah bagi yang berhak menikmatinya iaitu insan yang
bergelar suami..ya, hanya untuk suami! sedari sekolah lagi aku pegang kata2
azimat itu..dan aku pasakkan sedalam-dalamnya dalam fikiranku ini agar aku
tidak mudah terpedaya..aku bermujahadah melawan godaan nafsu dan hasutan
syaitan demi memelihara kesuciaan hati buat bakal suamiku nanti..oh, bwt bakal
suamiku…aku harap kau jua begitu..bermujahadah demi untukku..kerana apa? Kerana
ia adalah perintah Allah! Perintah tuhan kita..
Allah ada
berfirman, mafhumnya “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yg baik adalah untuk wanita yg baik”. Amat
susah untukku menemui solehmu andai solehahku tidak setandingmu..tidak kupinta
engkau mestilah seorang hafiz atau seorang imam kerana siapalah aku disisiNya
untuk mengharapkan seseorang yang punya darjat setinggi itu..bagiku cukuplah
engkau seorang yang menjaga solatnya, yang dapat menjaga solatku dan anak-anak
kita kelak, yang baik akhlaknya dan tutur katanya, yang dapat menjadi contoh
yang terbaik buatku dan anak-anak, lakukan apa yang Allah perintahkan dan
meninggalkan apa yang dilarangNya..yang dapat membimbing keluarga kita pada
jalan yang diredhaiNya. Itu sudah cukup membuatkanku rasa bahagia..insyaAllah.
Wahai bakal zaujku,
aku setia mananti kehadiranmu untuk menjadi teman hidupku..aku yakin pada
Allah, andai tiba masa dan ketikanya kau akan hadir jua dalam hidupku. Oh, bakal zaujku..aku
hanya seorang wanita..tidak aku ketahui bagaimana caranya untuk menilai seorang
lelaki..kita insan yang berbeza. Ku serahkan pada orang tuaku untuk menilai
dirimu..dengan harapan, andainya dikau merupakan jodohku, akan terbukalah hati
mereka untuk menerima kehadiranmu sebagai menantu..tidak sanggup untukku
membelakangi orang tuaku, kerana dengan Redha merekalah aku hidup dan berjaya
hingga ke saat ini..agama mengajarku “Redha Allah terletak pada redha kedua
ibubapa”. Doaku sentiasa mengirimu dalam misi mencari diriku agar penyatuan
hati kita dipermudahkanNya…Kata2 yang selalu ku pegang “Alangkah indah jika
segala-galanya kerana Allah” kata2 ini amat ringkas tapi maksudnya amat
mendalam dan meluas. Jadi, jika segala kebergantungan telah diserahkan padanya..apa
perlunya lagi rasa bimbang? Wah, amat mudah untuk mengucapkan tapi
mempraktikkannya sudah tentu tidak semudah itu..moga2 daku diberi kekuatan
dalam menerima qada’ dan qadar dariNya. Yakinlah bahawa perancangan Allah
adalah yang terbaik untuk kita..kadang kala Dia tidak memberi apa yang kita
inginkan tetapi Dia mengurniakan siapa yang sesuai buat kita..
Akhir kata, sampai disini sahaja coretan hatiku buat masa ini…bersabarlah duhai hati..moga kau dipertemukan dengan jodoh yang terbaik..Amin~
Sunday, 24 February 2013
Jika kau keliru antara 2, ikutlah gerak hati mu yg tenang,
kerana yg tenang i2 adlh sesuatu yg lbh diredhai Allah.
Mungkin i2 adlh petunjuk drnya..
jika hati mu gelisah, segera lh menjauhinya,
kerana i2 mungkin tnda peringatan drNya yg Maha Kuasa..
Andai perkenalan suatu kesilapan,
simpanlah ia dalam lipatan,
dikenang dapat dibuang jangan,
mungkin sudah ketentuan..
Sungguh aku insan jahil,
lantas mengikut rencana Rabbul jalil,
tidak pernah kusalahkan takdir
kerana hikmah yang baik itu pasti akan hadir...
kerana yg tenang i2 adlh sesuatu yg lbh diredhai Allah.
Mungkin i2 adlh petunjuk drnya..
jika hati mu gelisah, segera lh menjauhinya,
kerana i2 mungkin tnda peringatan drNya yg Maha Kuasa..
Andai perkenalan suatu kesilapan,
simpanlah ia dalam lipatan,
dikenang dapat dibuang jangan,
mungkin sudah ketentuan..
Sungguh aku insan jahil,
lantas mengikut rencana Rabbul jalil,
tidak pernah kusalahkan takdir
kerana hikmah yang baik itu pasti akan hadir...
Sunday, 17 February 2013
LIQA’ TERAKHIR LAJNAH EKONOMI 2012/2013 ;(
Sedih terasa..petang semalam baru shj selesai mengadakan jamuan perpisahan Biro
Ekonomi ALA (Arabic Language Association) di Taman Tasik Titiwangsa.
Alhamdulillah, semuanye berjalan dgn lancar..keadaan cuaca yg baik dengan angin
bertiup sepoi2 bahasa seakan2 jamuan ini mendapat rahmat dan restuNya. Syukur
sekali lagi…^^ Jamuan yg diadakan amat ringkas tp yg penting ia amat bermakna
bagi kami semua. Jamuan ini hanya melibatkan 12 org drpd 13 org ahli biro
keseluruhannye..sygnye seorang tdk dpt menghadirkan diri kerana punye program
lain yg tdk dapat tidak untuk disertainye..
Sedikit penerangan ttg biro ini..ia merupakan sebuah biro dbawah
persatuan B.Arab UIAM. Aku telah ditaklifkan untuk memegang amanah sebagai
timbalan ketua EXCO bg biro terbabit selama setahun. Terfikir balik bagaimana
aku boleh memegang jawatan ini, sungguh ia memang tidak dijangka. Namun Allah
itu maha mengetahui, hanya Dia mengetahui segala rahsia. Pada awalnya mendapat
lamaran interview untuk post bahagian dakwah namun tiba hari perlantikan aku
diletakkan dibawah biro ekonomi..dihati ada timbul rasa bimbang namun kukuatkan
semangat kerana diri ini yakin bahawa apa yg diberikan olehNya itulah yg
terbaik bwt diri..tak apelah, belajar perkara baru itukan seronok!! Walaupun pd
awalnya ia pasti tidak mudah namun dihujungnye ia manis tidak terkata.
Sepanjang memegang lajnah ini, banyak perkara yg dapat
kupelajari..belajar mengurangkan sifat malu, (pernah menjaja dr bilik ke
bilik,huhu..) selain tu bljr gak cara memimpin anak buah, bukan senang nk
mintak orang sama2 rajin berniaga demi mengumpul tabungan persatuan sedangkan
mereka semua juga bukan dari jenis orang yg kaki berniaga..semuanye malu2..tp
Alhamdulillah setelah 3 ke 4 kali berniaga, skill mereka mnjlnkn urus niaga
bertambah baik..kami2 sama2 belajar perkara baru dn cuba memperbaiki diri
dsamping belajar diantara satu sama lain..Alhamdulillah….berkat usaha kuat dari
semua dan dengan izinNya, dana kami yg terkumpul hasil dari berniaga mencecah
ribuan ringgit..dapatlah kami menggunakannya untuk program anjuran biro kami
dan selebihnye dapatlah kami sumbangkan bagi persatuan untuk kegunaan program
tenure yg akan datang pula. Alhamdulillah, ini
semua berkat usaha bersama dan rezeki dariNya..sbgi ketua aku hnya berusaha
melakukan yg terbaik dalam melaksanakan amanah yg dipertanggungjwbkan dlm
menggerakkan biro ini..pepatah arab ada berbunyi من جدّ
وجد ومن زرع حصد، maksudnye
sesiapa yg menanam dia akan menuai dan sesiapa yg berusaha dia akan memperoleh
hasilnye..benarlah kata2 ini..
Ape2 pon seronok dengan penglaman
pahit manis yg terkumpul ni…ianya merupakan satu proses membentuk kematangan
diri. Moga2 daku memperoleh manfaat darinye…sungguh pengakhirannye MANIS tidak
terkata………….. ^_^ Alhamdulillah…
Thursday, 14 February 2013
Everything Starts With the First Step ^_^
Ahlan wa Sahlan :)
Bismillahirrahmanirrahim…Segala
puji bagi Allah tuhan yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang, sesungguhnya tiadalah
bagiku daya dan kekuatan melainkan dengan perlindunganMu..Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW, yang mana dengan jasamu dan izinNya, bertebaranlah
Islam hingga kehari ini…
Salam perkenalan bwt semua dariku, seorang insan biasa yg sentiasa berusaha mencari RedhaNya…Alhamdulillah, akhirnye hasratku untuk memiliki sebuah blog tercapai jua..moga penghasilan blog ini bukanlah menjadi tempat bagiku mengumpul dosa tetapi mengumpul pahala…In syaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
