Terima Kasih Ya Allah kerana membuatkan diri ini rasa indah berTuhan...
Wednesday, 25 December 2013
Tuesday, 24 December 2013
Puisi Cinta HambaMu
Ya Allah Ya TuhanKu,
Aku hanya punya Kamu,
yang sering menjaga diriku,
aku amat bersyukur untuk itu...
Wahai Rabbku,
Hanya padaMu aku gantungkan harapanku,
Tatkala aku kuatkan usaha
sagalanya ku kembalikan padaMu,
kerna ku tahu Kau sebaik pengatur aturan hidupku...
Tuhanku yang tidak pernah jemu mendengar doaku,
Sentiasalah Kau hadir dekat denganKu,
agar tidak sepi hatiku, tidak kosong jiwaku,
Jangan biarkan aku jauh dari pandanganMu,
Jangan Kau biarkan aku terlepas dari pegangan 'tanganMu'
Tolong jaga hatiku buatMu...
Namun Ya Allah, walau berapa banyak
dugaan yang Kau datangkan untukku,
dugaan yang Kau datangkan untukku,
Takkanku lupa bahawa nikmatMu yang Kau berikan untukku adalah lebih banyak dari semua itu,
Sujudku Syukur padaMu...
-10.10am-
Saturday, 16 November 2013
Kisah Cikgu Ain
Minggu ni merupakan minggu terakhir sy mengajar di SLEU memandangkan cuti sekolah sudah bermula..mula2 rase cam tak feeling pape pon but my sudent's action mmbuatkan sy rasa amaaaat terharu!
Pertama sekali, sy amat menghargai kehadiran mereka pd hari ini. walaupun sekolah sudah pon melabuhkan tirainya, mereka tetap dtg ke kelas terakhir tuisyen mereka. Hazrat, anak murid lelaki sy memberitahu "cikgu, mak sy cakap hari ni tak yah datang tuisyen lah, cuti sekolah pon dah start..tp katanya...alaa, tapi nanti dah tak jumpa cikgu Ain dah" Ya Allah, terharu sy dibuatnye.. :'(
Untuk hari terakhir ni, sy tidak berniat pon utk mengajar..apa yg sy bwt adlh, pasang video kisah tauladan, perdengarkan n refresh balik nasyid2 arab yg sy ajar mereka dan juga bwt kuiz berbentuk game :) Hari ni nak HAPPY2 jew so that they will remember this moment..the moment they are with Me..hehe..sy juga ada bg setiap seorang dr mereka sekeping kertas berwarna utk mereka bwt apa shj sama ada lukis mahupun tulis apa sahaja berkaitan saya ataupun berkaitan kelas yg sy ajr ni..apa yg mereka suka dan tidak suka dll. Lama juga mereka melakar dan mengarang..hehe
sambil2 dorang tgh bwt tu tiba2, Hannah request...cikgu, lepas tu setiap sorang gi depan bg ucapan eh...saya kata, eh boleh ke? cikgu lagi suka kalu kamu nak. Alhamdulillah, sume okey jew...hehe
![]() |
| Jannah's writing...sy rasa antara sume pelajar sy dia lah yg paling touching/ sedih nk berpisah dgn saya :'( |
![]() |
| Hanna's writing |
![]() |
| Hazrat's writing |
![]() |
| Uzair's drawing |
sambil2 dorang tgh bwt tu tiba2, Hannah request...cikgu, lepas tu setiap sorang gi depan bg ucapan eh...saya kata, eh boleh ke? cikgu lagi suka kalu kamu nak. Alhamdulillah, sume okey jew...hehe
Untuk sesi kelas ke 2, seperti biasa adalah kelas mengaji. After habis tilawah, sy bwt sedikit jamuan utk mereka..alaa, beli kek bbrp potong je, cukup bwt diorang Happy! Alhamdulillah...cukuplah tnda kita appreciate mereka kan..Lastly, bile nak balik, Jannah call me...cikgu, saya nak peluk cikgu boleh, nanti sy rindu... SubhanAllah, boleh sayang...terus sy letakkn brg2 n dakap dia erat2..di saat sy memeluknya, dia tertunduk, mgkin sedih agaknya...bergenang air mata saya dibuatnya..
Anak2 didikku, insyaAllah jika panjang umur ada jodoh kita bertemu kembali...maafkan cikgu jika tidak dapat menjadi yg terbaik bwt kamu, tp inilah yg sehabis daya yg cikgu mampu..Ya Allah, kuniakanlah kejayaan bwt mereka di dunia & akhirat..ameen.
Mengajar kanak tahap tadika sudah, sekolah rendah sudah, sekolah menengah jua sudah...walaupun pengalaman tu amaaat lah sedikit tp alhamdulillah...pasni ajr sape plak ye? huhu...
Thursday, 31 October 2013
Saya mahu terbang ke sana...
Saya ada hajat,
tapi sy tak tahu hajat sy tu akn tercapai atau tidak.
hajat tu dari dulu lg sy simpan,
hajat tu dari dulu lg sy simpan,
sampai sekarang tak padam2!
dulu pernah usaha, tp ditakdirkan masa tu tak dapat...sy sedey :(
apa nk bwt, mgkin blum rezeki sy..tentu ada hikmah disebaliknya..huhu, cuba pujuk hati..
jd, hasrat tu sy simpan elok2 dalam satu peti.
kemudian kehidupan diteruskan, dek kerana kesibukan
dan keseronokan menjalani kehidupan yg sedia ada sy hampir2 terlupa akan hasrat sy tersebut.
Masa berlalu begitu pantas..'pejam-celik'2, sy sudah hampir selesai dengan tugasan2 yg menyibukkan sy tadi dan kemudian barulah sy teringat kembali akan sesuatu yg pernah sy tinggalkan di dalam satu peti..
kemudian sy pergi lihat dlm peti tersebut, alhamdulillah ia masih ada lagi!!! dan sekarang hajat tu datang kembali..
Anda mahu tahu apa hajat sy tersebut?
| Burung ni walaupun pd pndgn kita nmpk ia spt tidak mampu utk terbang disebabkan bdnnya yg besar, tp andai Allah sudah takdirkan ia utk terbang, ia pasti boleh berlaku. |
Saya mahu belajar di tanah arab! Sekarang sy sedang dlm usaha untuk mencari jalan ke sana...andai lah sy bisa terbang, sy mahu terbang jauh ke sana...dan andai sy bisa belayar sy ingin belayar ke sana...
Kenapa mahu pergi ke sana? sy nk pandai cakab b.arab sampai berabuk! haha..ye lah, 4 tahun bljr b.arab kt sini yg byk nye lbih pd teori, sy rasa tak cukup melainkan sy pergi sendiri ke sana..bi'ah sekeliling akn memaksa kita utk bertutur dlm bahasa tersebut..pergh..seronoknya kalu dpt listening, speaking and even thinking in arabic setiap masa..sy nk rasa dan lalui bende tu! Nak sangat2!!! Tolong doakan sy.....doakan impian dan hasrat sy ni tercapai.
Bila uruskan bende ni kadang2 bwt sy rasa mcm nak nanges..
tak tahu mcm mane nak citer, kdg2 rasa berkobar2, rasa bersemangat, kdg2 plak rasa sedey, kdg2 rasa nk putus asa pon ada..n now seriously sy nanges ;( sy ada adukan pd lecturer yg sy rapat dgnnye, dia kata "Ain,,awk jgn putus asa, jgn bwt perkara ni separuh jalan!, enti dah usaha cari maklumat sume jgn berhenti stakat ni. Kita usaha, InsyaAllah ada rezeki enti, ada lah.." kata2nya sdikit sebanyak menguatkan kembali semangat sy :) Syukran ustazah..
Ya Allah, andai perkara ini baik utk ku kau permudahkan dan jayakanlah. Dan andai di takdirkan tiada rezekiku utk itu, kau gantikanlah ia dengan sesuatu yg lebih baik dr itu dan ajr kanlah hatiku utk sabar dan reda~~
Thursday, 3 October 2013
Kumerindui SeruanMu Ya Rabb...
لبّيك اللهم لبّيك، لبّيك لا شريك لك لبّيك. إن الحمد والنعمة، لك والملك لا شريك لك.
Allahu
akbar!!! Satu lafaz yg pernah meniti di bibir ku 3 tahun yg lalu, tiba2
membuatkan diri ini terasa rindu…Rindu utk melafazkannya kembali, rindu utk
bertapak di bumi suciMu.
Tatkala melihatkan Baitullah di kaca tv, kadang-kala hampir membuatkan air mata ini menitis. Owh, musim haji dtg lagi. Di kaca tv byk disiarkan rancangan2 yg berkaitan dgn persediaan menunaikannya. Diri ini jga tdk terlepas, turut sibuk mengambil peluang mendengarkannya seakan2 akan berangkat ke sana jua..huhu..bukan apa, seronok bila dpt refresh balik kenangan2 disana, teringat balik perkara2 rukun dan wajib dilakukan. Tp tentu sekali, tata tertib menunaikan haji tidak sama dgn umrah..Terdapat byk lg perkara yg perlu di ambil perhatian ktk menunaikan haji. Sebab itu, sy suka utk ambil peluang belajar perkara2 tersebut bila ada disiarkan di tv. Takdelah bile dah nak pergi baru sibuk nk belajar semua bende. Betul tak? At least we make it familiar with us first before we practice it. Mana lah tahu, ada rezeki dpt pegi haji awal..hehe wishing!
Tatkala melihatkan Baitullah di kaca tv, kadang-kala hampir membuatkan air mata ini menitis. Owh, musim haji dtg lagi. Di kaca tv byk disiarkan rancangan2 yg berkaitan dgn persediaan menunaikannya. Diri ini jga tdk terlepas, turut sibuk mengambil peluang mendengarkannya seakan2 akan berangkat ke sana jua..huhu..bukan apa, seronok bila dpt refresh balik kenangan2 disana, teringat balik perkara2 rukun dan wajib dilakukan. Tp tentu sekali, tata tertib menunaikan haji tidak sama dgn umrah..Terdapat byk lg perkara yg perlu di ambil perhatian ktk menunaikan haji. Sebab itu, sy suka utk ambil peluang belajar perkara2 tersebut bila ada disiarkan di tv. Takdelah bile dah nak pergi baru sibuk nk belajar semua bende. Betul tak? At least we make it familiar with us first before we practice it. Mana lah tahu, ada rezeki dpt pegi haji awal..hehe wishing!
Teringat
kembali apabila sy yg mendapat seruannya secara tiba2..pd ketika umur sy 18
tahun mendapat jemputan utk menjadi tetamuNya. SUBHANALLAH, betapa bertuahnya
diri ini, takala ibu bapa sy sendiri masih belum menjejakkan kaki disana, siapa
sangka sy mendahului mereka? Dgn tiba2! Allahu, terima kasih ats nikmat ini. Sy
pergi tanpa sebarang perancangan. Jika tdk silap sy, persiapan sy sebelum
berangkat kesana mungkin dlm masa 2 bulan shj lagi. Terus ambil kursus, bwt
visa dan beli bbrp kelengkapan yg patut.
Teringat sy
pd kata2 ustz pengiring umrah kami. “Kamu semua yg dpt pergi ke sana bukan
kerana kamu berduit, bkn kerana kamu sihat, bkn kerana kamu muda! Kamu dpt
pergi ke sana kerana kamu dpt jemputan drNya..cuba tgk berapa ramai yg berduit
tp duitnya itu tdk membawa mereka ke sana, bkn jua krn sihat dan muda kerana
cuba lihat berapa ramai yg pergi itu golongan tua yg tdk bermaya..ya, kamu
pergi kerana mendapat jemputan menjadi tetamuNya”. ALHAMDULILLAH, syukran ya Allah..rasa
diri ini terlalu bertuah.
Mudh2an mendpt panggilan haji di usia yg muda
jua..kalau ikut gilirannya, 47 tahun lg..masa tu umur sy dah 70 tahun..Ma sha
Allah, tuanye dah.huhu..mintak2 lah dpt diawalkan. Haji, bukan perkara
mudah..dugaan dan cbrnnya lebih besar. Lebih cantik jika dpt ditunaikan ktk
usia masih muda bertenaga. Namun, ini semua bergantung pd rezeki masing2..apa
yg penting di saat kita mendapat panggilanNya kita sudah benar2 bersedia
fizikal dan mental. Mudah2an dipermudahkan segala urusan di sana. Ape2 pon, andai kita diuji di sana, hadapilah ia dengan redha dan tenang. Usah berburuk sangka dgn Allah, Dia ada sebabnya..mungkin Allah sengaja mahu menguji kita utk meningkatkan darjat
keimanan kita sbb al-Quran ada menyatakan, kah kamu menyangka kamu beriman kepadaNya
sblm kamu diuji?” Sakit itu jua kan penghapus dosa. Jd, terimalah apa sahaja
ujian drNya dgn hati yg Redha dan terbuka.
Ujian Personality Diri
Tadi bosan2 jwb kuiz personality diri kt FB, so..ni lah jwpn yg saya dpt ttg diri saya...ehm,,rase mcm byk gak yg sama n ada gak lah yg tak..hehe
Anda Pencari (Seeker)
Anda seorang yang baik hati dan sopan dan memberi sokongan padu kepada rakan-rakan anda. Anda mempunyai aura kemesraan yang memberi inspirasi kepada orang lain.
Anda juga cenderung untuk menjadi agak romantik. Malah, kadang kala tiada apa yang anda ingin lakukan selain melarikan diri ke dunia impian anda sendiri. Anda penuh dengan kreativiti dan suka mendapatkan ilham daripada pengalaman baru yang menarik.
Buat masa ini, anda berasa begitu gembira. Kadang kala segala perkara dalam kehidupan akan menjadi jelas dan dapat difahami. Tetapi, dengan sikap dan mentaliti positif anda, tidak hairanlah segala perkara berjalan dengan lancar bagi anda.
Apabila kehidupan tidak berjalan dengan begitu baik, adalah penting untuk anda beringat untuk memanfaatkan kekuatan dalaman anda dan yakin dengan diri anda. Sebagai Pencari (Seeker), anda sukakan pengembaraan yang akan mengubah sesuatu dengan ketara dan mencabar status quo anda. Belajar untuk mengesan detik-detik tersebut apabila anda memerlukan sedikit kelainan dalam hidup anda, dan memikirkan cara untuk mengintegrasikannya dalam rutin harian anda. Kekalkan inspirasi anda dengan gabungan pelbagai aktiviti, dan luangkan masa untuk hobi-hobi yang membolehkan anda menerokai sisi kreatif anda.
Anda memahami pentingnya pemikiran yang tenang mengenai harapan mendalam dan keinginan anda. Keyakinan anda merupakan anugerah indah yang memberikan anda kekuatan dan sokongan dalam segala yang anda lakukan. Pastikan anda mempunyai keyakinan untuk meluangkan masa bagi diri anda - walau sesibuk mana pun jadual anda.
Bagi anda, memulihkan keseimbangan bermakna memberi diri anda peluang untuk memproses segala-gala yang melintas dengan laju dalam minda anda. Memperuntukkan waktu yang tenang untuk renungan boleh menjadi sesuatu yang amat berfaedah.
Anda melihat kehidupan sebagai acara maraton dan bukannya acara pecut, dan cenderung untuk berfikir dari segi aspirasi jangka panjang. Anda seorang yang rajin, dan suka melihat hasil daripada segala usaha anda terbentang di hadapan anda. Anda seorang yang seimbang dan fokus, dan membiarkan motivasi anda mendorong anda untuk berjaya. Sekali-sekala, jangan lupa untuk memanfaatkan hidup anda - berbelanja untuk sesuatu yang boleh menggembirakan anda!
Subscribe to:
Posts (Atom)







