Thursday, 4 May 2017
Lama sungguh tidak aku nukilkan sesuatu pada blog ku ini,,hanya sesekali menjengah. Hari ini terpanggil untuk meluahkan sesuatu..
Hakikatnya di dalam hati ini sememangnya telah sarat dengan rasa dan cerita,
maka tatkala dijolok persoalan2 membuatkan air mata yang tersimpan akhirnya tidak dapat lagi ditampung..
aku kalah, air mata akhirnya tumpah...
Salahkah jika aku mengharapkan hadiah daripada Allah?
Salahkah jika aku terus menanti apa yang telah Allah tetapkan buatku?
Salahkah jika malu itu menjadi penghias diriku?
Salahkah jika aku berusaha menjaga hati ini hingga tiba waktu?
Tidakkah itu dianggap usaha dimata Tuhanku?
Ya Rabb,,maafkanku andai aku tersalah...
maafkan aku andai aku terlalu bergantung padaMu
aku hanya seorang hamba yang meyakini Tuhanku
Tawakkal dengan aturan Allah buatku
JIka salah caraku wahai Tuhanku,
tunjukkan padaku jalan dan cara yang perlu..
nurILahi
11.23pm
Jari tiba-tiba terhenti seketika,
Air mata tumpah sebelum sempat aku memulakan bicara,
Allahu rabbi....
Jauh dlm hati ini terlalu banyak menyimpan 'rasa',
sukar utk dimengerti walau yg empunya diri,
namun aku tahu Engkau maha mengerti...
Sunday, 27 September 2015
Rahsia Hati ~~
Time flies.
So fast.
Usia semakin menginjak. Bertambah dari setahun ke setahun. Segala yg dilalui punya hikmah dalam mematangkan diri...
Manusia. Boleh berubah. Berubah mengikut keadaan. Samaada manjadi lebih baik atau lebih buruk, itu bergantung kepada individu. Saya sendiri terkadang risau. Risau andainya semakin menginjak dewasa, saya semakin jauh dengan Allah. Na'uzubillah
1 April 1990 bersamaan 6 Ramadhan
Satu tarikh keramat.
Seorang bayi lahir ke dunia. Bayi yang menjadi harapan mak dan abah. Bayi yang suci bersih tiada noda.
Setelah 25 tahun membesar, seorang bayi itu sudah menjadi seorang muslimah yang semakin hari sedaya upaya cuba memburu cinta-Nya. Muslimah yang kadang-kadang menangis sendirian di dalam gelap. Muslimah yang kadang-kadang tersenyum panjang sepanjang hari.
Setelah 25 tahun, muslimah itu masih sendiri meniti hari.
Pernah aku ditanya
"Ustazah, kenapa ustazah tak kahwin lagi?"
"Sy tak tahu siapa yg Allah sediakan untuk saya?"
Sungguh, itu saja jawapan yg ada padaku..
Well, soalan itu boleh diibaratkan sebagai "bila akan mati?" which means, tak tahu bila. Tak tahu nak jawab soalan tu. Jadi, masih sampai sekarang muslimah itu tersenyum sahaja bila soalan itu diajukan.
"Ia Rahsia Allah"
Allah itu sungguh kuat jagaanNya terhadap diriku, namun aku amat bersyukur untuk itu
Ia lebih baik daripada dilepaskan saja aku tanpa jagaan dan pemeliharaanNya
Tiap kali dalam doaku,
Ya Allah, tanamkanlah perasaan cinta dan rinduku padaMu dan rasulMu lebih dari yg lainnya,
dan andai aku jatuh cinta..berilah aku mencitai sesorang yg mencintaiMu, dan biarlah orang yg mencintaiMu turut mencintaiku agar bertambah dekat cinta kami kepadaMu...
Perkahwinan sudah tentu tak semudah di sangka.
Kita nikah, kita kawen dengan seseorang tu sampai bila? Sampai umur 60 tahun? Sampai badan lesu dah tak boleh berjalan? Sampai sakit kronik menjengah diri? Atau sampai cinta sudah hilang? Juga mungkin sampai kiamat?
Geleng kepala.
Saya mahu bersama seorang suami sampai syurga. Ya, sampai syurga. Bukan setakat di dunia, tetapi juga di sana nanti. Oleh kerana jalan ke syurga itu payah, perit, penuh liku, maka saya juga perlukan seorang teman yang mampu bersama saya menghadapi jalan-jalan sukar ini supaya nanti kami sama-sama dapat merasai manisnya syurga-Nya. Aameeen. InshaAllah.
Saya mahu si dia mencitai saya hanya keranaNya.
Kerana kecantikan itu akan pudar,
muda akan menjadi tua,
kepintaran akan tumpul dek alpa di senja usia,
Namun andai hilang agama maka layaklah hilangnya cinta
Senyum kenyit mata dua kali.
"dah tu tunggu yang macam mana?"
Pada saya cukup yang sederhana, seimbang dunia dan akhiratnya. Tapi yang paling penting adalah yang menjaga solatnya kerana kelak dia yg akan menjaga solat saya dan zuriatnya kelak. Saya idamkan si dia yang dapat mengajak saya dan zuriat bersama-sama mengenal pencipta dan agama. Pasti manisnya nikmat berkeluarga akan terasa jika kita sama2 cuba meraih redhaNya.
Well, jalan hidup setiap dari kita tu berbeza-beza. Tidak kan pernah sama. I have trust in Allah. Kalau takde kat sini, di dunia ni, mungkin akan ada di akhirat sana. Ada yang menanti sana.
nanges...
Dalam hidup ni, terlalu banyak benda yang kita boleh fikir. Bukan jodoh semata-mata. Lihat sahaja keadaan ummah sekarang. Fikirkanlah. Bagaimana kita mahu membina ummah yang baik, di saat diri kita sendiri terlalu jauh dengan Tuhan? Terlalu jauh meninggalkan suruhan-Nya.
Menyedut nafas di bumi Tuhan, ada banyak perkara yang kita boleh belajar. Ada banyak perkara yang kita boleh duduk dan fikir. Tetapi kita, selalu mensia-siakan apa yang terhidang di depan mata. Terlalu memandang remeh dengan setiap apa yang terjadi dalam hidup kita, walhal berganda-ganda hikmah disebalik kejadian.
Duduk, betulkan kerusi.
"Moga masa-masa yang mendatang, yang diizinkan-Nya untuk darah-darah dalam tubuh dipam jantung dan mengalir ke dalam kapilari, hidung dan paru-paru meyedut dan menghembus oksigen percuma dan otak terus berfungsi.. Moga masa-masa yang tersisa akan digunakan sebaiknya untuk dikorbankan buat dakwah dan perjuangan, mendekatkan lagi diri kepada-Nya, untuk menggapai redha-Nya dan menjadi dorongan untuk pecutan terakhir ke syurga-Nya!"
Semoga dalam hari-hari yang kita lalui, kita masih di dalam redha-Nya. masih di bawah jagaan-Nya. Percayalah, Allah sayangkan mu.
Letak tangan ke hati, rasai degup jantungmu.
Di situ adanya kasih sayang DIA.
Friday, 31 July 2015
Sunday, 26 July 2015
Rindu Sebelum Bertemu
Monday, 27 April 2015
Siapakah dia yg ku nanti...
Puisi cinta ini ku karang khas sebelum mengenal pemiliknya...
Salam rinduku buatmu...
Apa khabarmu di sana? Moga dikau berada dlm lindunganNya sentiasa...moga sejahtera keadaan imanmu.
Aku disini insyaAllah berada dlm keadaan sejahtera. Alhamdulillah, aku punya Ilahi yg sentiasa menjaga diriku. Menjaga diriku utkmu. Moga kau disana jua begitu..menjaga dirimu bwt diriku.
Wahai sang pujangga,
Satu yg aku ingin kau tahu bahawa aku disini masih setia menanti hadirnya dirimu dlm hidupku...
Aku ingin kau tahu bhw dlm penantian ini aku seringakali saja mengalirkan air mata, menanti sesuatu yg amat bernilai yg aku sendiri tdk pasti siapa, tp hati ini meyakini Dia sedang mempersiapkan dirimu untukku.
Tolong doakan hati ini terus kuat bersabar menantikan kehadiranmu dgn secara terhormat.
Monday, 8 December 2014
Cinta Ilahi
Wednesday, 8 October 2014
Wednesday, 3 September 2014
Tahukah kamu bahawa wanita solehah itu amat berusaha menjaga hatinya yg satu?
Semuanya kerana takutkan Allah.
Selagi belum bersuami usah diharap cintanya sepenuh hati,
kerana dia pasti tidak mahu memberi cinta yang berbaki buat bakal suami.
Jalan mujahadah ini bukan ringan dan mudah!
Tatkala kawan-kawan seronok bermesra dengan pacarannya,
berchatting dan berdatting,
Sungguh, hanya kerana Allah
Bukan kuat fizikalnya, tetapi rohaninya.
Jangan sesekali kau usik hatinya jika kau tiada niat untuk memilikinya,
Kerana kau akan mencalarkan hati yg cuba dijaganya,
tolong bantu si dia, hormati dirinya.
Wahai lelaki soleh,
Andai kau tertarik padanya, percepatlah urusanmu itu,
Selamatkan dirinya dari berserah diri pada lelaki yg kurang akhlaknya,
Jangan kau tunggu si dia untuk memulakan,
kerana dia jarang sekali mencari tetapi hanya menanti..
Pilihan ilahi pastinya yang terbaik untuk diri,
Bagaimana mahu tahu ianya pilihan Ilahi?
Iaitu apabila telah terbukanya hati…
-nurIlahi-
5.30am
Saturday, 14 June 2014
Pengalaman dan AMANAH BARU! ^_^
Tempat kerja baru, suasana baru, rumah baru, kawan baru dan semestinya segala ini membawa kepada satu pengalaman baru!
Menyentuh pula ttg tempat kerja baru..Alhamdulillah, pd andaianku rakan sekerja baik2 semuanya. Moga begitulah hendaknya. Boss pun nampak spotting..Alhamdulillah. Sedikit gementar dengan tugasanku yg bakal bermula esok..mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.Wednesday, 14 May 2014
SIAPA SAYA SETELAH GRAD?
Dalam tempoh sy mengajar di sekolah sy masih tidak berhenti menghantar resume. Betul lah, bukan mudah utk dpt kerja..rasanya banyak jugak lah resume dihantar, tp nk tunggu di panggil tu..masyaAllah. Alhamdulillah, dlm bulan ni (mei) murah pula rezeki sy, sampai dpt 3 panggilan temuduga, tp dpt pergi 2 shj sbb ada yg bertindan, jatuh pd tarikh yg sama. Sy lepas kan pggln yg ke3 tu, post guru subjek syariah di SMA Islam Hidayah. Utk yg dua tu je lah sy pergi..yg pertama post sebagai Pegawai Penterjemah di Universiti Islam Malaysia (UIM), Cyberjaya. Rasa excited betul nk gi interview yg ni..ye lah, kejer office lah katakana..hehe..sbnrnya takutnye tu pon lebih! Haa, pengalaman pertama interview utk keje office (6 Mei 2014). Mula2 sekali kena jawab exam..kena terjemah satu teks petikan dr BM-BA. Then baru interview session, panel ada 4 orang. Interview berjalan dengan menggunakan B.Arab sepenuhnya..huh, nervious jgk lah rasanya almaklum dh lama x praktik ckp arab..Antara soalan yg di tanya selain suruh perkenalkan diri adalah, pengalaman dr sudut penterjemahan dan penulisan. Then, pengalaman muamalah (berurusan) dgn org arab dan pengalaman ke tanah arab. Last question die bg ‘ibarah minta kta komen dan huraikan. Sy try jawab soalan dengan seyakin yg boleh..huhu..tp kan, turn sy sekejap je interviewnye berbanding dgn 3 org sebelum sy..agaknya knapa lah tu ye?? Risau gak, ahli panel suka ke xsuka ke kan? Hurm..sudah seminggu, masih belum ada panggilan telefon atau surat yg mengatakan jwpn interview tersebut. Kawan sy Nadhirah Abd.Latif yg interview utk post tu jgk, pun masih takda dpt apa2 berita. Saya berharap sangat dpt job ni, sbb ianya kerja tetap dan government.
Wednesday, 5 March 2014
Tips buat Pelajar Semester Akhir
بالتوفيق والنجاح لكم جميعا، متفوقون إن شاء الله
Graduated, sem1 2013/2014.
Saturday, 1 March 2014
Sunday, 26 January 2014
Indahnya ciptaaNya...
![]() |
| Pulau Mamutik, Sabah |
![]() |
| Snookling taw! |
Warna-warni ciptaanNya dari tumbuh-tumbuhanan mahupun ikan2…berenang-renang tenang, bebas ke sana dan ke sini. Turut bisa menenangkan kita yg melihatnya, hilang seketika segala masalah dan urusan yg membebankan minda.
Bagaikan sukar dipercaya apabila hidupan disini betul2 berada di depan mata, berlegar2 disekiling sehingga bisa disentuh dengan jemari ini…Terima kasih ya Allah atas peluang ini. Oh, bgaimanakah agaknya syurga? Pastinya lebih indah dari ini…pastinya!
![]() |
| Air Terjun Sg.Pisang, Gombak. |
Langit di atas sungguh indah, begitu juga lautan di bawah. Namun kita ditakdirkan untuk mendiami daratan..agaknya mengapa ya? Supaya pabila kita berada di tengah, kita bisa naik ke atas mahupun turun ke bawah melihat kebesaran ciptaaNya.. Andai kita merupakan hidupan di langit, sukarlah kita utk sampai ke dasar lautan. Manakala andai kita hidupan di lautan sukar pula utk kita menjejaki awangan. Namun, usah terlalu cemburu pada kecantikan yang ada pada yang lain sehigga lupa akan kecantikan yang ada pada diri sendiri! Maksudnya, usah terlalu melihat kecantikan hnya pada apa yang berada dilangit dan di lautan hingga melupakan kecantikan yang ada pada daratan.
Daratan jua tidak kurang indahnya. Gunung-ganang, hutan yg menghijau warnya selalu menjadi penyegar mata dan jiwa..warna-warni tumbuhan, perlbagai jenis haiwan buas mahupun jinak pasti mengetuk hati kita.....
Bahawa, sudah tentu semua ini ada penciptanya! Pasti, ia tidak akan terjadi dgn sendirinya..
Jika kita melihat, indahnya pada yang sementara,
sudah tentu indah lagi pada hakikatnya.
Jika kita melihat, indahnya pada ciptaannya,
Sudah tentu indah lagi Penciptanya.
Indah itu bukan cukup sekadar di mata,
namun dihati patut menurut sama.
Moga ianya memandu kita mengenal Pencipta.....
SubhanAllah, Allhu Akbar.....
Thursday, 2 January 2014
TaWakkaL
Ehm..sbnr nye dah lewat mlm ni..tp nk amek masa skjp sblum tutup buku utk beradu..huhu..tibe2 dtg mood nk menulis..
Actually, sy skrg tgh final exam...final yg dh btul2 final! Meaning that for the final sem la..huhu..cam tk caye..kejap je plak rase 3 thun stengah..wlaupun sbnrnye nk menempuhnye tu masyaAllah, Allah shj yg tahu..Alhamdulillah byk bende yg sy bljr di uia ni slma hmpir 5 thun..seriously, lama kan? Mcm budk medic..hehe..
Sbnrnye nk citer,,bimbang gak sbnrnye bile dah nk hbis ni..risau sbb masih kabur nk bwt apa bile dah hbis bljr ni..kalu ikut kn family, diorang suruh sy sambung master trus..insyaAllah, kalu ada rezeki sy smbung but bwt masa ni nk rehat dulu...huhu..rasa tak larat, lama sngt rasanye bljr,nk rehat jap..family sy sndiri rasa sy mcm lama sgt dh bljr..abh slalu ckp, ain ni mcm asyik exam je...huhu..tak heran lah abah ckp mcm tu sbb stiap kali exam sy mesti mintak tolong mak abah doakan even exam kcik2 n even ada presentation pon sy mintk tlong mrk spy doakan..bg sy doa mereka amat pnting bg sy..sy hdup dgn doa mereka..dr sekolah lg sy mcm tu..alhamdulillah,,biasanya doa mereka itu tidak sia2.
Berbalik pd citer after hbis bljr ni...ehm..sbnrnya, byk dh perancangan yg sy ada n dah jalankan but mcm tk nmpk lgi byngnya ke mana arah tuju sy after ni...biasanya antara perancangan biasa stdn aftr grad adlh samada smbung master/ kejer/ kawen...hehe
Antara usaha yg sy dh jlnkan adlh usya sket2 n slidik apa yg ptut berkaitan perihal smbung master like nk smbung coz apa n kt mana..keje pon sy dh apply bbrp tmpt but blum ada yg yg pggl sy utk intrview..tu yg bwt sy risau,,sdgkn bbrp org kwn sy dh ada pggln keje dah aftr hbis nti,,alhamdulillah, rezeki mrk..
Slain tu sy ada citer kn pd post sy yg terdahulu yg sy nk bljr kt tanah arab..n usaha utk itu pon sy dh bwt n nama sy dh ada dlm simpanan pusat bahasa kerajaan arab saudi..mrk janji nk cntact sy utk pape program mrk yg seterusnya yg bersesuaian utk sy..hehe..mdah2an hajat sy tercapai..permudahkanlah ya Allah..diorang ada gak kata sy boleh blajar sana..alhamdulillah,jika bgitu,, tp spt yg sy maklum bhw utk ke arab saudi sharusnya wanita itu ditemani mahram..n ini masalah bagi sy,,kalu sy ada suami boleh lah..huhu..nk kna kahwen lah plak! tkpe2, andai ada rezeki sy, adalah jln lain yg Allah brikan utk sy smpai kesana..
Ya Allah, sesungguhnya aku telahpun berusaha...kuserahkan pdmu sgla ketentuan..brikanlah apa yg terbaik bwtku..aku hambamu yg hnya mengikut aturan hidup yg tlh kau aturkan bwtku..aku hnya ada Kau sbg pelindung dn pemeliharaku Ya Allah..tolong, jgn kau biarkan urusan hidupku diatur oleh diriku sendiri tnpaMu..
Wednesday, 25 December 2013
Tuesday, 24 December 2013
Puisi Cinta HambaMu
dugaan yang Kau datangkan untukku,
Saturday, 16 November 2013
Kisah Cikgu Ain
![]() |
| Jannah's writing...sy rasa antara sume pelajar sy dia lah yg paling touching/ sedih nk berpisah dgn saya :'( |
![]() |
| Hanna's writing |
![]() |
| Hazrat's writing |
![]() |
| Uzair's drawing |
sambil2 dorang tgh bwt tu tiba2, Hannah request...cikgu, lepas tu setiap sorang gi depan bg ucapan eh...saya kata, eh boleh ke? cikgu lagi suka kalu kamu nak. Alhamdulillah, sume okey jew...hehe
Thursday, 31 October 2013
Saya mahu terbang ke sana...
hajat tu dari dulu lg sy simpan,
| Burung ni walaupun pd pndgn kita nmpk ia spt tidak mampu utk terbang disebabkan bdnnya yg besar, tp andai Allah sudah takdirkan ia utk terbang, ia pasti boleh berlaku. |














